Friday 30 November 2012
fuyo!!! Oppss! Luna Maya Bakal Berhijrah Ke Malaysia?
Posted By:
zamri spoon
on 21:00
KL, 30 NOV 2012: Beberapa hari yang lalu, Murai Batu sibuk menghadiri sebuah parti 'reunion' dari kalangan rakan-rakan bukan wartawan. Tapi, rakan-rakan tersebut adalah dari kalangan mereka yang bekerja secara langsung di dalam industri ini.
Ketika itulah terbukalah cerita tentang kisah model, pelakon, pengacara dari Indonesia iaitu Luna Maya yang kini sudah pun berjinak-jinak hendak jadi penyanyi.
Khabarnya, Luna Maya yang juga bekas kekasih kepada Ariel (bekas vokalis kepada kumpulan Peterpan yang kini sudah pun menganggotai kumpuan baru iaitu Noah) yang pernah terjebak dengan isu video terlampau ini bakal berhijrah ke Malaysia tidak lama lagi.
Sebenarnya, Murai Batu sendiri pun rasa susah nak percaya bila dengar cerita ni. Betulkah si Luna Maya nak berhijrah ke sini? Lagi satu kalau betul, sebab apa dia nak berhijrah?
Adakah sebab dia nak sambung study, sebab dah jumpa bakal suami, atau sebab tak tahan dah duduk kat Indonesia dek kerana isu video terlampau dengan Ariel yang masih belum habis-habis diperkatakan? Nanti, Murai Batu carik lagi pengesahannya ya..
MURAIBATU: Masih mengharap Syanie buka restoran di Melbourne!
sumber
fuyo! Norish Karman Terima Mesin Basuh Daripada Bekas Suami
Posted By:
zamri spoon
on 20:00
\
KUALA LUMPUR, 29 NOV 2012: Setelah ditimpa penyakit tulang belakang sekitar Oktober lalu, pelakon jelita Norish Karman akui dia telah menerima hadiah sebuah mesin basuh baju daripada bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir.
Norish Karman berkata hadiah itu diberikan kepadanya setelah bekas suaminya itu mengetahui dia telah jatuh jatuh sakit dan ada datang melawatnya baru-baru ini.
"Saya memang seorang yang suka membasuh baju menggunakan tangan sebab itu saya tidak pernah memiliki mesin basuh di rumah. Sebenarnya saya tidak suka menggunakan mesin basuh, kerana saya tahu ia hanya akan cepat merosakkan baju. Saya sayangkan baju-baju saya dan tidak suka jika melihat baju-baju cantik tidak lagi boleh digunakan.
"Bekas suami saya tahu akan tabiat saya ini dan selepas dia tahu saya sakit dia pun tanpa pengetahuan saya telah membelikan mesin basuh dirumah saya baru-baru ini," katanya yang ditemui murai.com.my.
Norish Karman memberitahu dia tidak terkejut dengan tindakan bekas suaminya itu kerana mereka masih mempunyai hubungan yang baik meskipun sudah berpisah.
"Hubungan kami masih baik dan dia juga masih ambil berat tentang saya. Kami menjaga hubungan ini demi kebajikan anak-anak kami. Lagipun saya yang menjaga anak-anaknya dan jika tidak ditakdirkan saya tiada, anak-anak ini akan menjadi amanah dia juga nanti ," jelasnya lagi.
Hasil perkahwinannya dengan bekas suaminya itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Haqiem Armany, 13, Muhammad Hardy Amieran, 9, dan Putri Hany Amanda, 8. Norish juga dikurniakan seorang lagi anak bernama Haq Lutfie Alaxender yang berusia setahun.
Bercakap mengenai perkembangan kesihatannya kini, pelakon Spa Q itu berkata, dia masih lagi menjalani bebrapa tawaran terapi untuk sakit tulang belakangnya.
"Ramai sangka saya lumpuh, tetapi sebenarnya tidak kerana saya hanya mengalami kekoyakan tisu di bahagaian tulang belakang. Itu sahaja.
"Saya masih akan meneruskan terapi tiga kali seminggu sehingga hujung tahun ini. Meskipun begitu saya kini sudah boleh berjalan seperti biasa dan tidak perlu menggunakan kerusi roda lagi," tambahnya lagi.
Mengenai perkembangan terbaru, Norish yang bakal muncul dalam filem Kahwin 5 pada 27 Disember ini sedang dalam perancangan untuk mengarahkan sebuah program kanak-kanak untuk stesen terlevisyen.sumber
fuyo!! Tahniah! Hairie Othman Sudah Dapat Suri Pengganti
Posted By:
zamri spoon
on 19:00
KL, 29 NOV 2012: Rasanya belum terlambat bagi Murai Batu untuk mengucapkan tahniah buat hero kacak Malaysia, Hairie Othman kerana sudah mendirikan rumahtangga buat kali yang kedua bersama gadis pilihannya, Dalia Diana Ruslan pada 16 NOvember 2012 yang lalu selepas sekian lama menduda.
Sebelum ini, Hairie Othman yang terkenal dengan wataknya sebagai Leftenan Adnan dalam filem epik arahan Aziz M Osman itu dpernah bernikah dengan Nazarita Abdullah Sani (Rita) di restoran milik mereka, Dulang Cafe, Jalan Sungai Dua, Pulau Pinang pada 6 Disember 2003 serta dikurniakan dua cahayamata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.
Murai Batu difahamkan suri baru Hairie Othman ini adalaj anak seorang aktivitis politik serta VVIP dan majlis resepsi pasangan Raja Sehari ini juga baru saja berlalu di Dewan Semarak Kayangan Felda, KL.
Apapun tahniah sekali lagi buat Hairie Othman dengan Dalia Diana Ruslan. Mudaha-mudahan, hubungan mereka akan kekal hingga ke anak cucu.
Sebelum ini, Hairie Othman yang terkenal dengan wataknya sebagai Leftenan Adnan dalam filem epik arahan Aziz M Osman itu dpernah bernikah dengan Nazarita Abdullah Sani (Rita) di restoran milik mereka, Dulang Cafe, Jalan Sungai Dua, Pulau Pinang pada 6 Disember 2003 serta dikurniakan dua cahayamata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.
Murai Batu difahamkan suri baru Hairie Othman ini adalaj anak seorang aktivitis politik serta VVIP dan majlis resepsi pasangan Raja Sehari ini juga baru saja berlalu di Dewan Semarak Kayangan Felda, KL.
Apapun tahniah sekali lagi buat Hairie Othman dengan Dalia Diana Ruslan. Mudaha-mudahan, hubungan mereka akan kekal hingga ke anak cucu.
MURAIBATU: Dengar kata Linda Onn tak sabar nak tengok konsert Jennifer Lopez, Ahad ini.sumber
fuyo!! Lukisan Lelaki Halimunan Yang Sangat Kreatif
Posted By:
zamri spoon
on 16:28
Beliau ialah Liu Bolin, yang menjadikan lokasi dan objek sebagai “backdrop” atau bahan latar kepada lukisan halimunannya.
Berikut adalah gambar lukisan kreatif halimunan tersebut.
Nampak di mana lelaki halimunan di dalam foto ini?
Proses mengecat Bolin di pasaraya.
Karya seni yang bertajuk ‘plasticizer’ telah dicipta untuk menyatakan pandangan negatif terhadap penggunaan plasticizer dalam aditif makanan. Mengikut artis tersebut, proses persiapan dan persediaan lokasi mengambil foto memakan masa berbulan lamanya dan proses mengecat badan dan latar itu sendiri memakan masa selama 10 jam.
Liu Bolin halimunan di pasaraya.
Liu Bolin halimunan di pondok telefon di London.
Liu Bolin halimunan di dinding grafiti.
Liu Bolin halimunan di atas timbunan bata-bata.
Begitulah hasil kretiviti artis China Liu Bolin.
sumber.http://sentiasapanas.blogspot.com
fuyo!! seorang gadis couple dengan pak belang
Posted By:
zamri spoon
on 16:03
gambar hiasan |
ANTARA aksi manja Mulan dengan Abdullah.MALANG: Persahabatan dijalin sejak kira-kira empat tahun lalu membolehkan seekor harimau Benggala menjadi sahabat kepada manusia.Haiwan liar yang dinamakan sebagai Mulan itu kini menjadi kawan akrab kepada Abdullah Sholeh.Mulan - kini berusia empat tahun dan seberat lebih 171 kilogram - mula dijaga Abdullah sejak haiwan berkenaan berusia tiga bulan. Sejak dipelihara, hubungan Mulan dengan Abdullah semakin rapat dan kini haiwan yang lazimnya ganas dan berbahaya kepada manusia itu boleh bergurau dengan penjaganya.Bagaimanapun, Abdullah bukanlah pemilik Mulan, sebaliknya dia cuma dibayar sebagai penjaga oleh majikannya, Noer Mohammaed Sholeh.Mereka kini tinggal di sebuah kawasan di Malang, Indonesia.Dikenali sebagai “pengasuh harimau” Abdullah dilaporkan sering menolak untuk tidur di katil sendiri, sebaliknya dia lebih selesa tidur bersama Mulan di kandang haiwan berkenaan. Ditanya perasaannya terhadap Mulan, Abdullah, 31, berkata dia tidak pernah takut atau bimbang terhadap harimau bertina berkenaan.“Saya menganggap Mulan sama seperti rakan lain.sumber
fuyo!! Jalan depan Plaza Bukit Bintang ditutup 4 tahun
Posted By:
zamri spoon
on 11:00
KUALA LUMPUR: Laluan kenderaan di Jalan Bulan di hadapan Plaza Bukit Bintang akan ditutup selama empat tahun untuk projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) mulai Sabtu ini.
Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corporation Sdn Bhd, Amir Mahmood Razak, berkata berikutan itu orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Bulan 1, Lorong Bintang atau melalui Jalan Imbi. Beliau berkata kerja-kerja pembinaan stesen itu adalah sebahagian daripada laluan bawah tanah di kawasan bandar raya yang sibuk. "Oleh itu, kawasan kerja yang sesuai adalah terhad.
Kawasan kerja perlu berada dekat dengan tapak stesen atas sebab-sebab logistik dan keselamatan binaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Amir Mahmood berkata, pihaknya telah berbincang dengan pihak berkuasa berkaitan penutupan laluan itu dan papan tanda trafik akan diletakkan untuk membantu pengguna jalan raya. Beliau berkata, pihaknya juga telah mengaktifkan pelan komunikasi dan notis awam bagi memaklumkan kepada semua penyewa pusat membeli-belah, hotel, tempat letak kereta, kedai runcit dan outlet berhampiran tentang laluan alternatif untuk ke tempat letak kereta. "Kami bekerja rapat dengan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta pihak berkuasa lain untuk menyebarkan maklumat trafik melalui Sistem Pesanan Maklumat Berubah (VMS)," katanya. Amir Mahmood turut menasihatkan para pemandu supaya berjaga-jaga dengan kerja-kerja yang dijalankan di kawasan tersebut dan mengikut arahan papan tanda untuk melalui Jalan Bulan. Orang ramai yang ingin mendapat maklumt trafik MRT terkini boleh melayari laman web MRT di www.mymrt.com.my atau maklumat kerja-kerja bawah tanah di www.mymrt-underground.com.my serta twitter di @MRTMalaysia atau @MyMRT Undergroud atau terus menghubungi Hotline MRT di 1-800-82-6868. sumber
fuyo!! Boateng: 'Nama baik lebih bermakna daripada wang dan cuti'
Posted By:
zamri spoon
on 09:00
Bekas pemain kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Hull City, George Boateng |
GEORGE Boateng, yang baru mengikat kontrak sebagai pemain tengah dengan T-Team, yakin kehadirannya akan dapat membantu pasukan itu meraih kemenangan dalam Liga Malaysia musim depan dan menolak tanggapan bahawa kedatangannya ke sini semata-mata untuk 'makan angin'.
Boateng, 37, bekas pemain kebangsaan Belanda yang bermain untuk pasukan Feyenoord Rotterdam dan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Middlesbrough, Aston Villa, Hull City dan Nottingham Forest, berkata dia berharap kerjayanya dengan T-Team akan berpanjangan.
"Saya adalah Boateng pertama yang bermain untuk Belanda. Saya juga pernah memegang rekod sebagai pemain asing yang paling banyak beraksi dalam perlawanan EPL (388 perlawanan).
"Nama baik lebih bermakna bagi saya daripada wang dan bercuti...Saya ingin mengenang kerjaya saya di Malaysia dengan orang berkata saya pemain yang baik," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani kontrak itu di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, hari ini.
Boateng, yang diilahirkan di Nkawkaw, Ghana, berkata dia tertarik untuk bermain dengan T-Team kerana kelab itu diurus dengan baik dan menggunakan khidmat jurulatih Peter James Butler dari England.
"Kehadiran jurulatih Butler di sini penting kerana beliau tahu cara saya bermain... beliau juga tahu bagaimana bola sepak sepatutnya dimain.
"Saya berhenti bermain kerana wang sejak berusia 26 tahun...Saya bermain untuk mencipta sejarah dan kerana cintakan bola sepak," katanya.
Boateng berkata walupun dia mempunyai banyak pengalaman bermain dalam liga Eropah, bermain di Malaysia akan tetap memberi cabaran kepadanya.
"Mungkin rentak di sini lebih perlahan, tapi ia tetap mencabar. Mungkin saya ada kelebihan, tapi saya tidak boleh berasa terlalu selesa," katanya.
Diminta mengulas tentang tindakan Johor menggunakan khidmat penyerang dari Sepanyol, Daniel Guiza dan bekas pemain kelab Lazio, Simone Del Nero, Boateng, yang berpengalaman beraksi menentang ramai pemain ternama dalam EPL dan pernah bermain untuk pasukan kebangsaan Belanda (2001–2006), berkata dia tidak gentar dengan kehadiran mereka.
"Saya pernah bermain menentang pemain terbaik dunia dan oleh itu, saya bersedia menghadapi apa jua cabaran. Mungkin pemain lawan datang dari Sepanyol atau Brazil, tapi saya akan tunjukkan apa yang mampu saya buat apabila saya mendapat bola," katanya.
Boateng berkata dia teruja untuk bermain bersama pemain tempatan, terutama pemain muda.
"Saya tidak sabar menunggu untuk berkongsi pengetahuan saya tentang bola sepak dengan mereka," katanya. - Bernama
Boateng, 37, bekas pemain kebangsaan Belanda yang bermain untuk pasukan Feyenoord Rotterdam dan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Middlesbrough, Aston Villa, Hull City dan Nottingham Forest, berkata dia berharap kerjayanya dengan T-Team akan berpanjangan.
"Saya adalah Boateng pertama yang bermain untuk Belanda. Saya juga pernah memegang rekod sebagai pemain asing yang paling banyak beraksi dalam perlawanan EPL (388 perlawanan).
"Nama baik lebih bermakna bagi saya daripada wang dan bercuti...Saya ingin mengenang kerjaya saya di Malaysia dengan orang berkata saya pemain yang baik," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani kontrak itu di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, hari ini.
Boateng, yang diilahirkan di Nkawkaw, Ghana, berkata dia tertarik untuk bermain dengan T-Team kerana kelab itu diurus dengan baik dan menggunakan khidmat jurulatih Peter James Butler dari England.
"Kehadiran jurulatih Butler di sini penting kerana beliau tahu cara saya bermain... beliau juga tahu bagaimana bola sepak sepatutnya dimain.
"Saya berhenti bermain kerana wang sejak berusia 26 tahun...Saya bermain untuk mencipta sejarah dan kerana cintakan bola sepak," katanya.
Boateng berkata walupun dia mempunyai banyak pengalaman bermain dalam liga Eropah, bermain di Malaysia akan tetap memberi cabaran kepadanya.
"Mungkin rentak di sini lebih perlahan, tapi ia tetap mencabar. Mungkin saya ada kelebihan, tapi saya tidak boleh berasa terlalu selesa," katanya.
Diminta mengulas tentang tindakan Johor menggunakan khidmat penyerang dari Sepanyol, Daniel Guiza dan bekas pemain kelab Lazio, Simone Del Nero, Boateng, yang berpengalaman beraksi menentang ramai pemain ternama dalam EPL dan pernah bermain untuk pasukan kebangsaan Belanda (2001–2006), berkata dia tidak gentar dengan kehadiran mereka.
"Saya pernah bermain menentang pemain terbaik dunia dan oleh itu, saya bersedia menghadapi apa jua cabaran. Mungkin pemain lawan datang dari Sepanyol atau Brazil, tapi saya akan tunjukkan apa yang mampu saya buat apabila saya mendapat bola," katanya.
Boateng berkata dia teruja untuk bermain bersama pemain tempatan, terutama pemain muda.
"Saya tidak sabar menunggu untuk berkongsi pengetahuan saya tentang bola sepak dengan mereka," katanya. - Bernama
fuyo!! Perhimpunan besar anti Mursi
Posted By:
zamri spoon
on 08:00
KAHERAH - Sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan terbunuh dan beratus yang lain cedera dihimpit lebih 200,000 orang yang berhimpun membantah keputusan dekri Presiden Mohammed Mursi di Dataran Tahrir, kelmarin.
Bantahan paling besar dalam Mesir itu menyaksikan majoriti rakyat menggesa Mursi menarik balik dekri yang diumumkan pada minggu lalu.
Menurut pegawai, seorang peserta meninggal dunia akibat serangan jantung selepas terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan sekumpulan polis anti rusuhan.
"Mereka menggesa agar kerajaan berasaskan Islam di bawah pimpinan Mursi itu dilumpuhkan," katanya.
Sementara itu, sekumpulan besar anti Mursi di bandar Mediterranean, memecah masuk pejabat pergerakan Ikhwanul Muslimin dan memecahkan barangan serta perabot di dalam premis berkenaan.
Akhbar tempatan melaporkan, beberapa protes serupa berlaku di bandar Mahalla, utara Kaherah. - Al-Jazeera
sumber
fuyo!! Gambar otak Einstein didedahkan muzium AS
Posted By:
zamri spoon
on 07:13
|
WASHINGTON - Gambar otak saintis terkenal dunia, mendiang Albert Einstein (gambar kecil) disiarkan oleh pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di Silver Spring, Maryland dekat sini.
Pihak muzium itu menyiarkan gambar tersebut kelmarin.
Ia merupakan gambar otak Einstein yang dirakamkan selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1955.
Beliau meninggal dunia di Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) semasa berumur 76 tahun.
Selepas kematiannya, waris saintis itu membenarkan otaknya dikeluarkan untuk tujuan kajian.
Einstein merupakan seorang pakar fizik terkenal di dunia menerusi teori relativiti Einstein.
Menurut artikel dalam jurnal Brain, permukaan visual korteks otak Einstein mempunyai lipatan tebal.
Beliau dilahirkan di Jerman tetapi kemudian menetap di AS. - Agensi
Artikel Penuh:
Hakcipta terpelihara
fuyo!!! Pemuda tarik trak dengan telinga
Posted By:
zamri spoon
on 07:03
PATARAIA menarik sebuah trak dengan menggunakan tali yang diikat di telinganya di Rustavi, Georgia semalam. - REUTERS |
RUSTAVI, Georgia - Seorang pemuda berusia 32 tahun, Lasha Pataraia menarik sebuah trak dengan menggunakan tali yang diikat di telinganya di sini semalam.
Dia berjaya menarik trak seberat 8,250 kilogram itu sejauh 21.50 meter.
Pemuda tersebut berjaya mencipta rekod Guinness World Records ekoran usahanya itu. - Reuters
Artikel Penuh:
Hakcipta terpelihara
fuyo!! Gambar Terbaru Naira Mikayla Nama Anak Nabil & Zira
Posted By:
zamri spoon
on 05:00
Naira Mikayla Buah Hati Nabil dan Zira. Selepas tiga hari dikurniakan cahaya mata sulung, pelakon, pelawak serta pengacara poopular, Ahmad Nabil bin Ahmad dan isteri, Nazirah binti Ayub akhirnya telah sepakat meletakkan nama puteri sulung mereka dengan nama, Naira Mikayla.
Mungkin kerana ingin sentiasa melihat dan menjaga Naira Mikayla, Nabil terpaksa berhenti dari menjadi penyampai di Suria FM. Lagi pun, tawaran untuk Nabil berlakon dan jadi pengacara masih luas di luar sana. Tahniah buat Nabil.
Sungguh indah dan cantik nama tu.
Difahamkan, sebelum ini penyampai radio Suria FM ini belum sempat mencari serta memilih nama yang sesuai untuk anaknya itu kerana Nazirah telah melahirkan anak mereka tiga minggu lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.
Naiya dilahirkan melalui pembedahan dengan berat 2.67kg pada hari Ahad, 25 November lalu, jam 8.40 pagi di Klinik Umra, Shah Alam.
http://www.budiey.com
fuyo!! Gambar Kekasih Ummi Nazeera Teman Satu Universiti
Posted By:
zamri spoon
on 04:00
Sekalipun jauh di Melbourne, Australia, angin gosip membabitkan pelakon cantik, Ummi Nazeera tetap bertiup ke tanah airnya, Malaysia.
Tambahan pelakon hitam manis itu juga bagai terbuka memperkenalkan cinta barunya kepada umum. Mengapa tidak, banyak gambar yang memaparkan dirinya bersama jejaka kacak berkepala botak dimuat naik ke laman sosial.
Difahamkan Ummi dan jejaka berusia 26 tahun itu berkenalan sewaktu pelakon ini berada dalam tahun pertama pengajian di Royal Melbourne Institue of Technology (RMIT).
Gambar Kekasih Ummi Nazeera Teman Satu Universiti
Lelaki itu adalah seniornya dan sudah pun menamatkan pengajian. Sekarang lelaki itu berada di Malaysia dan sehingga kini mereka masih berhubung.
Lantaran itu, timbul desas desus mengatakan gadis manis ini sudah bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan bersama kekasih hatinya itu. Malah khabar angin turut mendakwa pasangan ini sudah merangka tarikh pernikahan awal tahun depan.
Namun buat masa ini Ummi belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri. Sebaliknya perkara yang menjadi keutamaannya saat ini adalah memastikan pengajian yang masih berbaki setahun lagi dihabiskan sebelum memikirkan soal hidup berdua.Namun bercakap kepada Berita Harian, Ummi menafikan tentang perkara (kahwin) tersebut. Tutur gadis berusia 22 tahun ini, dia tidak menolak jika ada jodoh dan takdir dia dengan jejaka tersebut.
Ummi pulang ke Malaysia baru-baru ini untuk bercuti semester.
Pelakon yang pernah membintangi drama bersiri Nur Kasih dan filem Hikayat Merong Mahawangsa ini satu ketika dulu pernah menjalin cinta dengan aktor kacak Remy Ishak namun hubungan mereka tidak berpanjangan.
http://www.budiey.com
fuyo!! Ella Belanja Lebih RM200Ribu Untuk Majlis Resepsi
Posted By:
zamri spoon
on 02:00
Penyanyi rock tersohor Ella telah membelanjakan RM200,000 untuk majlis resepsi perkahwinannya bersama suami, Azhar Ghazali, 30 yang dijadualkan berlangsung pada 1 Disember ini di Kelab Darul Ehsan di Ampang, Kuala Lumpur.
Setakat ini Budiey tidak mendapat apa-apa jemputan dari Ratu Rock Ella. Its okay. No hal. Yang penting, Ella cantik dan berseri serta segalaya berjalan lancar pada malam itu. Dengar khabarnya, ramai artis akan hadir di majlis penuh kemeriahan ini. Wah! Bestnya…
Perancang perkahwinan pasangan itu, Syed Yusof Wafa memberitahu portal redcarpet.net.my majlis itu juga turut mendapat pelbagai tajaan daripada pelbagai pihak.
“Kami turut mendapatkan beberapa tajaan termasuk baju pengantin yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini,” ujarnya.
Majlis tersebut dijangka dihadiri oleh 600 tetamu dengan warna kelabu sebagai tema utama.
Antara nama-nama yang telah mengesahkan kehadiran mereka pada majlis itu nanti adalah Fasha Sandha, Nora Danish, Datuk Ramli MS, Datin Ziela Jalil, Datuk AC Mizal, Jamal Abdillah, Misha Omar, Amy Search dan Azlan & The Typewriter.
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor turut dijangka hadir sebagai tetamu khas.
Ella atau nama sebenarnya, Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang syarikat Firefly itu dengan sekali lafaz pada 7 Julai lalu.
Pasangan itu bernikah di rumah abang kepada Ella di Teluk Gadong, Klang di sini.
Mereka telah berkenalan selama sembilan tahun sebelum mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman solo.
Thursday 29 November 2012
fuyo!! Senarai 7 air tejun tertinggi di dunia,,
Posted By:
zamri spoon
on 23:56
Semua org tahu keindahan air tejun.tapi tahu kah anda bahawa ada 7 air terjun yg tertinggi di dunia dan paling bahaya di dunia ini..
.
Berikut ini adalah 7 Air Terjun Tertinggi dan Paling Extreme di Dunia ,
7.Yosemite Falls, USA
Dengan ketinggian 739 meter (2.425 kaki), Yosemite Falls yang terkenal didunia adalah air terjun tertinggi yang di ukur di Amerika Utara dan salah satu harta dari Yosemite National Park.
Dengan ketinggian 739 meter (2.425 kaki), Yosemite Falls yang terkenal didunia adalah air terjun tertinggi yang di ukur di Amerika Utara dan salah satu harta dari Yosemite National Park.
6.Mutarazi Falls, Zimbabwe
Terletak di lembah honde Zimbabwe dengan ketinggian 762 meter (2,499 kaki)
5.Gocta Cataracts, Peru
Terletak di provinsi di wilayah Chachapoyas Amazona, Peru dengan ketinggian 771 meter (2,532 kaki)
4.Mongefossen,Norway
Dengan total tinggi 773 meter (2,535 kaki) terletak di utara rauma railway
3.Ramnefjellsfossen, Norway
Dengan ketinggian 818 meter (2,685 kaki), air terjun ini menghiasi danau Lovatnet yang indah
2.Tugela Falls, Africa Selatan
Air terjun tertinggi kedua di dunia dengan ketinggian 948 meter (3,110 kaki), menurun dari tebing curam di Drakensberg (Dragon's Mountains) di dalam Royal Natal National Park
1.Angel Falls, Venezuela
Air terjun tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 meter (3.212 kaki), terletak di Canaima National Park
dairishare.blogspot.com
editer by http://zamrispoon.blogspot.com
fuyo!! top 5 info kemusnahan bumi
Posted By:
zamri spoon
on 23:46
Satu megatsunami adalah salah satu daripada perkara-perkara yang adalah apa yang ia kedengaran seperti: tsunami yang cukup besar untuk memusnahkan, sebagai contoh, seluruh Pantai Timur Amerika Syarikat, disebabkan oleh kesan yang besar seperti perlanggaran kosmik, gempa bumi besar-besaran dan lebih membimbangkan, tanah runtuh besar . Kesan-kesan buruk yang seperti tsunami besar akan menyebabkan cukup jelas, dan terdapat sangat sedikit yang boleh kita lakukan untuk bersedia untuk keadaan sedemikian.
Untuk bencana bonus, geografi yang agak sama-changer dunia dikenali sebagai supervolcano. Nama yang kurang kreatif mereka tetap cukup tepat; gunung berapi ini adalah begitu besar bahawa letusan mereka adalah beribu-ribu kali lebih besar daripada gunung berapi yang biasa, dan cukup besar untuk benar-benar mengebumikan tamadun global (dari kedua-dua letusan besar itu sendiri, dan awan debu besar berkemungkinan ditendang). T di sini adalah kira-kira tujuh di dunia, dan mana-mana daripada mereka secara teorinya boleh bangun pada bila-bila masa. Tidur lena!
4. Bencana Bioteknologi
Tidak, kami tidak bercakap zombi sini. Terdapat kes direkodkan tanaman diubah secara genetik yang telah campur dengan rumpai bersaing, yang mengakibatkan tahan racun perosak, gulma super berkembang pesat (bukan jenis yang mendapat anda superstoned), yang boleh bertukar mengakibatkan bencana pertanian dan ekonomi besar-besaran skop. Malah lebih menakutkan ialah kemungkinan penyalahgunaan bioteknologi dalam mewujudkan berbahaya dan berdaya tahan penyakit, perosak dan rumpai. Ini boleh dilakukan dengan sengaja sebagai satu cara Bioterorisme atau sengaja oleh beberapa bodoh keterlaluan dalam kot makmal, jika filem bencana telah mengajar kita apa-apa.
3. Teluk Stream Shutdown
Teluk Stream adalah arus besar global, yang membawa barat laut air suam merentasi Lautan Atlantik, memanaskan Barat dan Eropah Utara. Walau bagaimanapun, pemanasan global menyebabkan masalah ini (dan hanya kira-kira segala-galanya di dunia) - dengan pemanasan dan lebur topi ais ke dalam Teluk Stream, pemanasan global ironinya melambatkan ia turun, dan terdapat bukti bahawa jika trend itu berterusan ia boleh akhirnya betul-betul berhenti. Serta membuat Eropah walaupun sejuk dan grayer daripada ia sudah adalah, ini boleh mengakibatkan bencana terdiri daripada perubahan iklim yang besar (termasuk ribut besar-besaran) untuk kepupusan massa fitoplankton (anda boleh mengiktiraf fitoplankton sebagai perkara yang segala-galanya makan). Adakah kita menyebut Eropah adalah cukup sejuk sudah?
2. Metana burps
Mungkin perkara yang paling nampak dinamakan dalam senarai ini, burps metana adalah jauh dari sebagai tidak berbahaya kerana mereka bunyi. Juga (lebih sesuai) dikenali sebagai "Hipotesis Gun Clathrate," ini adalah satu peristiwa di mana unbelievably besar jumlah metana sebelum ini terkandung dalam deposit di lantai laut atau permafros tiba-tiba dilepaskan ke dalam atmosfera. Sebagai metana merupakan gas rumah hijau yang jauh lebih baik daripada karbon dioksida, ini menyebabkan secara besar-besaran meningkat pemanasan global. Lebih buruk lagi, peningkatan suhu ini menyebabkan "burps metana," lain pengkompaunan kesan kepada tahap menakutkan (dan berbahaya).
Berita baik adalah bahawa ia hanya pernah berlaku dua kali sebelum ini, jadi ia adalah satu peristiwa yang jarang berlaku yang luar biasa. Berita buruk adalah bahawa apabila ia berlaku, semua orang cukup banyak diskru. Fikirkan ia sebagai bom masa, dan berharap anda tidak hidup untuk melihat ia pergi.
1. Krisis Nanoteknologi
Crux nanoteknologi mengambil falsafah bahawa "yang lebih kecil adalah lebih baik" dan memohon kepada robot, untuk berkhidmat semua jenis tugas yang berguna, termasuk membaiki diri dan mereplikasi. Nanoteknologi mempunyai beberapa implikasi yang luar biasa dalam kehidupan seharian kita, dari penyembuhan diri dan mengekalkan kesihatan kita untuk mewujudkan pakaian yang tidak memerlukan pembersihan. Seperti dengan semua perkara yang besar (seperti coklat, alkohol dan kebakaran), ini mempunyai potensi untuk mencederakan orang banyak. Teknologi serba boleh itu mempunyai kuasa untuk berbalik dan mewujudkan semua jenis masalah melumpuhkan tamadun-, terutama apabila seseorang menganggap kemungkinan penyalahgunaan teknologi ini sengaja.
Mungkin kemungkinan yang paling menakutkan ialah yang dipanggil "Grey Goo" - jisim out-of-kawalan mereplikasi diri nanobots yang mengambil semua perkara di Bumi manakala membina lebih daripada diri mereka sendiri. Senario ini mungkin dijelaskan oleh perintis nanoteknologi molekul Eric Drexler: "Bayangkan seperti penyalin terapung dalam botol bahan kimia, membuat salinan sendiri ... penyalin pertama memasang salinan dalam masa 1.000 saat, dua pendua kemudian membina dua lagi dalam seterusnya ribu saat, empat membina empat lagi, dan lapan membina lapan lagi. Pada akhir sepuluh jam, tiada pendua baru 36, tetapi lebih 68 bilion. Dalam masa kurang daripada satu hari, mereka akan menimbang satu tan; dalam masa kurang daripada dua hari, mereka akan melebihi Bumi;? Dalam empat jam lagi, mereka akan melebihi jisim Matahari dan semua planet digabungkan - jika botol bahan kimia tidak kering lama sebelum ini.sumber
fuyo!!! kereta rally tahun 2020 ciptaan Citroen..
Posted By:
zamri spoon
on 23:31
fuyo!!! gempak siot,, huhuh aku dh tempah dh model ni nanti tahun 2020 aku pakai la korang tempah email kat cn http://zamrispoon.blogspot.com. compom sampai kiamat korang x dapat pakai kete ni ,,,
fuyo!!! ukiran bentuk unik dari pasir ..
Posted By:
zamri spoon
on 22:51
pui!!!! hasil tangan mengukir bentuk dari pasir ,, dah xde kije lain kew??? kalau suruh aku , ermmm entah lah pe jadi . so korang enjoy la tengok hasil tangan aku mase aku bercuti kt pantai port dickson.. xla hebat mana pon , tp ade upe la ,, korang leh uat ,,, x leh nyer ,,, jangan jealous.. hahaha
sumber
fuyo!! ukiran pokok yang unik
Posted By:
zamri spoon
on 21:39
Sila layan gambar di bawah.
edited by;http://zamrispoon.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)