Monday, 3 June 2013

Filled Under:

Wow ! Pasti Ramai Wanita Terliur Tengok Badan Chef Riz


Sudah lama Murai Batu tidak mendengar perkembangan terkini chef dan tukang masak sensasi. Siapa lagi kalau bukan Chef Riz Bagaimanapun Murai Batu pernah dikhabarkan bahawa anak kepada Datuk Chef Wan itu sedang hangat bercinta dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Mak Jemah.
 
Sejauh mana kesahihan berita berkenaan, itu Murai Batu kurang pasti. Tetapi apa yang jelas lagi nyata, Murai Batu dapat melihat perubahan ketara kepada fizikal atau susuk tubuh pengadil MasterChef Malaysia musim pertama itu.

Nampaknya tubuh Chef Riz yang dahulunya sekejap berisi dan sekejap kurus, telah semakin sasa sehingga menampakan otot ketara terutama di bahagian lengan dan dadanya. Naik berpeluh juga Murai Batu apabila melihat perubahan 360 darjah chef selebriti berkenaan.

Mana tidaknya, sekali imbas Murai Batu lihat Chef Riz sudah seperti ahli sukan angkat berat. Langsung tidak seperti chef masakan. Melalui laman sosial Instagram miliknya, Murai Batu dapat melihat betapa bersungguh-sungguh Chef Riz menghabiskan banyak masanya di gimnasium dengan melakukan aktiviti mengangkat besi untuk berjam-jam lamanya.

Murai Batu diberitahu sejak beberapa bulan kebelakangan ini Chef Riz memang semakin rajin membina ototnya. Maklum sajalah, jarak antara gimnasium dan tempat kerjanya tidak jauh. Hanya beberapa minit perjalanan sahaja.

Untuk berkongsi berubahannya itu, Chef Riz telah berkongsi kebanyakan gambar aktivitinya ketika sedang bersenam dan tidak ketinggalan membuka baju ketika berada di dapur restoran tempatnya bekerja.

Amboi, siapa nak jawab tu? Terlebih sudah bah.

Apapun, mungkin itulah caranya Chef Riz menghilangkan tekanan yang ada di dalam dirinya. Bukan sahaja dapat hidup secara sihat, malahan juga tubuh badannya kelihatan semakin cantik dan perkasa.

Murai Batu percaya selepas ini pasti ada majalah kesihatan dan juga senaman akan menghubungi Chef Riz untuk dijadikan penghias muka hadapan majalah mereka atau paling tidakpun diminta untuk berkongsi rahsia untuk memiliki tubuh umphh! Sepertinya.

sumber




1 comments:

  1. uii naa...promot tubuh d instagram...lalalala..apa pun..memang hot terbakor..dia ambik steroid ker??

    ReplyDelete

Followers

networkblogs