Friday, 31 May 2013

Menarik ! Foto Lawak Bergerak (part 66)






salam semua pembaca blog zamrispon kali ini zamrispoon nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita

Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog zamrispoon ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.



hockey_39 



Menarik ! Foto Lawak Giler (vol 27)


salam semua pembaca blog zamrispon kali ini zamrispoon nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita

Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog zamrispoon ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.







Ternyata Wajah Patung Barbie Hodoh Bila Tanpa Make-up..

"Tak ada orang yang sempurna," itulah tagline yang tertulis di bawah sebuah gambar Barbie yang terlihat tak menggunakan make up. Foto hasil edit digital itu menunjukkan wajah Barbie dengan kawat gigi, kantung mata, kulit berminyak, dan rambut tak terurus.Edi Aguire, seorang pereka grafik, adalah orang yang bertanggung jawab atas perubahan drastik boneka cantik Barbie ini. Tentu saja hasil karyanya ini mengundang pro dan kontra dari orang yang melihat karyanya."Aku berharap melihat gambar ini saat aku kecil. Aku selalu merasa Barbie sangat sempurna. Mungkin aku tak perlu taksub dengan make up kalau aku melihat ini sejak kecil," ungkap seorang wanita bernama Sandra.sumberWanita lain menambah bahawa dia lebih menyukai versi jelek Barbie ini berbanding dengan versi cantik. Kerana Barbie yang ini kelihatan lebih nyata, seperti disiarkan oleh Daily Mail .Sejak kemunculannya di tahun 1959, boneka Barbie yang lebih popular dengan rambut pirang mengilap, dada besar, pinggang kecil, dan tubuh kurus telah banyak disalahkan kerana menanamkan ajaran negatif terhadap para gadis mengenai proporsi tubuh sempurna.Meski begitu, nampaknya banyak juga orang yang tak suka Barbie berpenampilan menjenkelkan. Beberapa berpendapat bahawa gambar hodoh Barbie tersebut menghancurkan image Barbie sebagai icon kecantikan."Aku tak tahu, apakah 'natural' bererti kau harus kelihatan seperti tak pernah tidur dan habis merokok ganja. Saya rasa saya melihat Ken pergi ketakutan," ungkap salah seorang pengulas.Sementara itu, Fran Walfish, seorang  anak tunggal dan keluarga di Beverly Hills menjelaskan bahawa sangat wajar bagi manusia untuk membuat icon kemudian merosakkannya sendiri.Walfish berpendapat bahawa perubahan Barbie ini boleh jadi hal yang baik bagi gadis di luar sana yang mempunyai masalah dengan penampilan mereka. Sehingga mereka tak perlu membanding-bandingkan diri dan merasa rendah diri. Walfish mengaku kebanyakan pesakit wanita yang datang padanya mengenakan kawat gigi dan berjerawat.Tertarik !!, seperti apa wajah Barbie tanpa make up? Ini dia gambarnya.






Apa ! Starbucks di Hong Kong Guna Air Tandas Buat Kopi ?

GAMBAR menunjukkan sebuah kafe Starbucks yang terletak di sebuah daerah perniagaan di Hong Kong semalam.

HONG KONG - Sebuah kafe Starbucks di sebuah daerah perniagaan di sini mencetuskan kemarahan penduduk semalam kerana ia menggunakan air untuk membuat kopi dari paip di dalam sebuah tandas. 

Kafe tersebut terletak di dekat Menara Bank of China telah menggunakan paip air tersebut sejak ia dibuka pada Oktober 2011.

Imej-imej dalam akhbar Apple Daily menunjukkan paip air itu mengandungi label yang menyatakan ia hanya untuk kegunaan Starbucks.
Seorang pengguna Facebook memberikan komen tentang penggunaan air tersebut di akaun kafe tersebut.

"Saya kini bimbang apabila membeli kopi dari Starbucks. Siapa yang tahu kafe-kafe lain turut menggunakan kaedah yang sama," kata pengguna Facebook itu, Kevin L.
Bekalan air itu diambil lima kali sehari oleh kakitangan-kakitangan kafe tersebut dari paip di dalam sebuah tandas berdekatan, kata pihak Starbucks kepada AFP.

"Kami tidak ada bekalan air secara langsung untuk penggunaan kafe. Keadaan itu menyebabkan kami terpaksa memperoleh air minuman dari sumber terdekat," kata jurucakap Starbucks, Wendy Pang.
Menurutnya, air yang diambil dari tandas itu akan ditapis di dalam kafe itu bagi memastikan ia memenuhi piawaian tempatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. - AFP


sumber;http://kosmo.com.my


Unik ! Wanita Ini Menjahit Kopiah Raksasa Terbesar di Dunia..

Amani al Raisi, seorang siswi kelas 12 dari Al Amerat School, tiba-tiba mendapat idea untuk membuat kopiah terbesar sedunia. Inspirasi itu kebetulan datang dari ibunya, yang juga ikut membantunya menyelesaikan karya raksasanya tersebut.

Sebagaimana disiarkan World Record Academy , Amani dan keluarganya memerlukan masa kira-kira 18 bulan untuk menjahit kopiah luar biasa itu. Kopiah tersebut mengandungi lebih daripada 200,000 jahitan dengan ukuran lingkar mencapai lebih dari 5 meter dan tinggi 1.75 meter.

"Ini adalah mimpi saya, untuk boleh menyelesaikan tugas ini. Jadi saya senang kerana telah berjaya melakukannya untuk Hari Kebangsaan," kata Amani.

Sebagai sebahagian daripada perayaan Hari Kebangsaan Oman, peci yang biasa disebut ketayap ini untuk pertama kalinya diperkenalkan dan dipaparkan di sekolah Amani. Teman-teman sekolah Amani tampak terkejut dan sangat terkesan saat melihat ketayap raksasa di hadapan mereka.sumber

Amani juga menambah bahawa kerja membuat kopiah raksasa cukup mencabar kerana memerlukan banyak kepakaran untuk merancang dan membinanya. Selain itu, dia dan keluarganya juga harus meluangkan banyak masa untuk menjahitnya dengan tangan.

"Keluarga saya bekerja siang dan malam untuk membuat kopiah tersebut," tegasnya.






Aksi Bahaya ! Lelaki Ini Terbang Guna Belon...

Aksi lelaki asal Afrika Selatan ini hilang akal. Pasalnya, lelaki bernama Matt Silver-Vallance, 37 tahun, ini memutuskan untuk menyeberangi lautan Atlantik dari Robben Island hanya menggunakan belon helium dalam jumlah banyak.

Saat menyeberang menggunakan belon helium, Silver-Vallance menggunakan pakaian selam. Sambil terapung beberapa meter di atas laut, lelaki ini berbekal beg keseimbangan yang berisi air dan pistol air yang digunakan untuk mengarahkan belon dengan memecahkannya.

"Ini gila!" Kata Silver-Vallance setelah mendarat pada perahu getah kira-kira 300 - 400 meter dari pantai, setelah belon dilepaskan.sumber

Dalam penerbangannya, Silver-Vallance menggunakan 160 belon helium, dengan beberapa belon sudah meletus selepas penerbangan. Selanjutnya lelaki ini menyelesaikan 35 belon untuk mengarahkan dan menjaga keseimbangan. Pendaratan sengaja dilakukan di air kerana pendaratan di darat terlihat terlalu berisiko dan sakit.

Penyeberangan sejauh enam kilometer ini dilakukan untuk mengumpul dana untuk kanak-kanak di Hospital Nelson mandela. Aksi penyeberangan menggunakan belon helium ini berjaya mengumpul dana sebanyak USD 1.1 juta .

"Kami berusaha mengumpul wang sebanyak mungkin untuk Hospital Kanak Nelson Mandela, dan nampaknya kegiatan ini cukup membawa hasil," ungkap Silver-Vallance, seperti disiarkan oleh Discovery News .

Silver-Vallance menjelaskan bahawa Hospital tersebut akan menjadi sebahagian daripada warisan Nelson Mandela, dan apa yang sudah dilakukannya tak ada apa-apanya dibanding dengan apa yang dilakukan presiden Afrika Selatan itu pada negerinya.sumber

Ketika ditanya mengenai Mandela, Silver-Vallance menjawab dengan emosional bahawa seperti halnya masyarakat Afrika Selatan, dia sangat menyayangi Nelson Mandela. Dia berharap aksinya ini boleh membuat Mandela tersenyum.






Wow !! Ibu hamil kembar lima

KINOVA yang hamil duduk di atas sofa di sebuah hospital di Prague kelmarin.

PRAGUE - Seorang wanita berusia 23 tahun, Alexandra Kinova dijangka melahirkan anak kembar lima di sebuah hospital di sini pada Ahad ini.

Menurut laporan akhbar dalam talian MailOnline semalam, dia akan menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kembar lima itu.

Kinova juga merupakan wanita pertama di Republik Czech yang hamil kembar lima tanpa menjalani rawatan kesuburan.

Dia sebelum ini telah mempunyai seorang anak lelaki.

Bagaimanapun, Kinova hanya menyedari bahawa dia hamil kembar lima pada bulan lalu.
Pada mulanya, doktor menyatakan dia akan hanya melahirkan anak kembar.

Namun, pada Mac lalu, beberapa kakitangan di Institut Penjagaan Ibu dan Kanak-Kanak di sini menyatakan, dia hamil kembar empat.

Sebulan kemudian, dia akhirnya didapati mengandung anak kembar lima.

Kinova berkata, dia berasal dari keturunan yang melahirkan anak kembar.

Dia juga merancang un-tuk menyusukan semua anak-anaknya itu. - Agensi

sumber;http://kosmo.com.my


Inilah Anjing Dengan Salakkan Paling Kuat di Dunia

Anjing Golden Retriever berusia 6 tahun dari Adelaide, Australia, ini berjaya memecahkan rekod dunia sebagai anjing dengan salakkan terkuat di dunia.

Sebagaimana disiarkan World Record Academy , salakan anjing bernama Charlie ini dapat mencapai 113,1 desibel pada pertandingan kebangsaan di Australia.

Rekod tersebut sebelumnya pernah dipecahkan oleh seorang anjing herder Jerman yang berasal dari London pada tahun 2009 dengan suara salakan mencapai 108 desibel.

Pemilik Charlie, Belinda Freebairn, berkata bahawa salakan anjing setara dengan suara live rock band ketika berusia muda. Namun, Belinda mengaku bakat itu telah dilihat sejak anjing berusia sekitar satu tahun.sumber

Untungnya, Belinda tidak pernah mendapat aduan daripada jirannya kerana Charlie hanya menyalak jika diperintah.

"Dia (Charlie) sama sekali tidak menyalak ketika di rumah, dia benar-benar tenang," aku.kata ibu tiga anak itu.






Thursday, 30 May 2013

Menarik ! Foto Lawak Bergerak (part 65)






salam semua pembaca blog zamrispon kali ini zamrispoon nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita

Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog zamrispoon ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.





hockey_39 


Menarik ! Foto Lawak Giler (vol 26)






salam semua pembaca blog zamrispon kali ini zamrispoon nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita

Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog zamrispoon ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.








Unik !! Jeep Terbesar di Dunia di UAE

Tahukah anda pacuan 4 roda
  terbesar di dunia ada di Timur Tengah? Ya, bekas ahli tentera Kesatuan Arab Bersatu (UAE) Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan berjaya membina raksasa Jeep Willys.


Jeep Willys yang ia bangun ini mempunyai tinggi 21 kaki dan berat total 4.4 tan. Jeep Willys yang persis sama dengan kereta sebenar yang dihasilkan pertama kali tahun 1940an ini juga boleh dijalankan. Uniknya, kereta ini dijalankan melalui ruang rahsia disalah satu bilik front grill-nya.

Hamad juga pernah membina trak terbesar di dunia, sebuah replika klasik Dodge Power Wagon, yang berukuran lapan kali lebih besar dari saiz Power Wagon yang asalnya. Trak ini bahkan memiliki empat bilik tidur di dalam kabin.
Hamad dan keluarganya membina perniagaan peribadi untuk tempatan dan juga eksport. Dia mempunyai ladang seluas 4.200 kilometer persegi di Australia. Hamad pernah ditemuramah stesen tv asal Inggeris BBC oleh Jeremy Clarkson untuk program automotif Top Gear.sumber


                              jom saksikan koleksi-koleksi kenderaan gergasi milik
                                     Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan:







Menakjubkan !! Cacing-cacing Ini Menghasilkan Cahaya..

Gua Waitomo terletak tepat di luar bandar Waitomo di Pulau Utara, New Zealand. Gua ini merupakan daya tarikan pelancong yang terkenal kerana jumlah populasi glowworm-nya yang cukup besar.Glowworm adalah nama umum untuk pelbagai kumpulan larva serangga dan bentuk larva betina dewasa yang bersinar melalui bioluminescence - pengeluaran dan pembebasan cahaya oleh organisma hidup. Mereka kadang-kadang boleh menyerupai cacing, tetapi sebetulnya mereka semua adalah serangga.Gua Waitomo sendiri pertama kali diterokai pada tahun 1887 oleh Tane Tinorau yang didampingi seorang juruukur Inggeris bernama Fred Mace. Penduduk tempatan Maori yang berada di sekitar dua itu, telah lama mengetahui keberadaan Waitomo.sumberNamun, gua-gua bawah tanah itu tidak pernah diterokai secara meluas sampai suatu ketika Fred dan Tane masuk untuk menyelidikinya. Mereka membina rakit dari batang buluh dan juga membawa lilin ke dalam gua. Mereka pun menyusuri sungai bawah tanah yang berada di gua tersebut dengan peralatan seadanya.Ketika Fred dan Tane akhirnya berjaya masuk ke dalam, mereka mendapati sekumpulan glowworm yang menghiasi siling gua. Mereka pun tergamam akan keindahan cahaya itu. Saat mereka melakukan perjalanan yang lebih jauh ke dalam, mereka kembali dikejutkan oleh formasi batu kapur yang menawan.sumberGembira atas penemuan mereka, Fred dan Tane pun berkali-kali kembali untuk menerokai gua itu lebih jauh, dan suatu ketika, Tane mencari pintu masuk tepat di bahagian atas gua, yang sekarang dijadikan pintu masuk para pelancong.Pada tahun 1889, Tane pun membuka gua tersebut untuk para pelancong. Tane dan isterinya, huti, membina kumpulan kecil yang bertugas untuk mengurus gua tersebut. Tetapi pada tahun 1906, pentadbiran gua diambil alih oleh kerajaan. Namun, seperti yang dilaporkan amusingplanet, Tane dan isterinya tetap menerima peratusan dari pendapatan gua dan ikut terlibat dalam pengurusan dan pembangunan Waitomo.





Tanggal Sluar,Tinggal Beg , Selamatkan Diri




Belaga: “Bukan saja meninggalkan beg pakaian, saya juga menanggalkan seluar jeans dipakai untuk menyelamatkan diri,” kata Emerita Benggau, 27, seorang daripada mangsa terselamat dalam tragedi bot ekspres karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, Tanjung Giam, Bungan di sini.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi kelmarin itu, bot ekspres yang dalam perjalanan ke Kapit dan Sibu itu dikatakan mengalami kerosakan selepas kipas enjin terkena sebatang kayu hanyut sebelum terlanggar batu besar menyebabkan bot yang sarat penumpang itu karam.

Emerita dari Nanga Sut, Baleh berkata, tiada perkara lain dalam fikiran ketika itu selain mati, namun nekad mahu menyelamatkan diri dan enggan menyerah kalah sebelum berjaya keluar dari bot dan berenang ke tebing.


“Walaupun tahu berenang, tetapi hampir lemas kerana tidak bertenaga apatah lagi arus sungai yang deras ketika itu menyukarkan saya berenang.

“Malah, sebelum terjun saya terpaksa melupakan beg pakaian dan menanggalkan seluar jeans bagi memudahkan berenang untuk menyelamatkan diri,” katanya ditemui di rumah panjang Uma Tevok, di sini, semalam.


Katanya, dia masih trauma dan masih terbayang saat bot itu ditenggelami air sebelum karam serta jeritan penumpang lain yang ketakutan.

“Kalau ada pilihan pengangkutan lain seperti jalan darat dan udara, saya tidak teragak-agak menggunakan perkhidmatan itu walaupun terpaksa membayar harga yang tinggi,” katanya.

Berkongsi pengalaman sama, seorang lagi penumpang yang selamat, Along Bit, 42, dari Sungai Pagu, Kapit menyifatkan tragedi itu sebagai peristiwa sedih yang tidak akan dapat dilupakan seumur hidupnya apatah lagi ketika menjelang sambutan Gawai Dayak pada hujung minggu ini.

“Kegembiraan meraikan Gawai Dayak bersama keluarga kali ini musnah sama sekali selain wang gaji RM4,000 untuk membeli barang keperluan sambutan perayaan itu turut hilang.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dalam nahas itu, namun sedih apabila mengetahui ada mangsa yang mungkin terkorban,” katanya.


Dalam pada itu, Along yang bekerja di sebuah kem pembalakan di Belaga itu mengakui, bot ekspres terbabit sarat dengan penumpang yang mahu pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Gawai Dayak.


“Kami tiada pilihan kerana terpaksa menggunakan bot ekspres itu untuk pulang ke rumah panjang. Jadual perjalanan perkhidmatan bot ekspres yang terhad menyebabkan ramai penumpang sanggup mengambil risiko duduk di atas bumbung bot kerana tidak mahu menunggu hari esok untuk meneruskan perjalanan,” katanya.


Sehingga jam 6 petang semalam, operasi mencari dan menyelamat masih tidak menemui mangsa yang dilaporkan hilang.sumber


Subhanallah !! Ombak Ini Tiba-tiba Membeku ...

 Masih ingat lagi dengan kejadian di Pakistan yang mana air lautnya menjadi membeku di sana. Kali ini ia berlaku pula di antartika. Namun bukan air lautnya sahaja yang membeku, malah ombaknya pula membeku keras. Inilah fenomena menakjubkan ia kelihatan unik dan menakutkan apabila ombak yang tinggi tiba-tiba membeku di sebabkan cuaca yang sangat sejuk. Jom lihat gambar di bawah ini.sumber








Unik !! Tanah Perkuburan Islam Terbesar di Dunia..

Wadi Al-Salam, yang secara harfiah diertikan sebagai Lembah Damai, adalah sebuah perkuburan Islam yang terletak di kota suci Najaf, Iraq.

 Pengebumian itu meliputi kawasan seluas 1.485,5 hektar dan menjadi rumah bagi berjuta-juta jenazah yang dikebumikan di sana. Najaf sendiri adalah salah satu bandar terbesar di Iraq, dengan penduduk mencapai 600,000 orang.

 Namun kerana jumlah jenazah yang dikebumikan di Wadi Al-Salam bertambah banyak, pemetaran daerah hingga 10 km di sepanjang lembah. Menariknya lagi, Wadi Al-Salam juga merupakan satu-satunya pengebumian di dunia, di mana proses pengebumian masih terus berjalan sejak lebih daripada 1,400 tahun yang lalu

.Sebagaimana diberitakan amusingplanet, perkuburan memegang peranan penting dalam keyakinan Syiah, seperti yang telah dikatakan bahawa jiwa dari semua lelaki dan wanita yang setia akan pindah ke sana, tidak kira di mana tubuh mereka telah dikuburkan. Banyak nabi, raja, para-para pembesar dan sultan berbaring di tanah perkuburan ini, termasuk dari Nabi Hud, Nabi Saleh, dan Ayatullah Sayyid Muhammad Baqir al-Sadr, serta Ali bin Abi Talib.

 Wadi Al-Salam mempunyai makam yang dibina dengan batu bata atau plaster dengan tahap yang berbeza. Dan umumnya, jenazah yang berasal dari keluarga kaya mempunyai makam berkubah. Di sini, anda juga boleh mencari pengebumian bawah tanah.sumberSemasa perang Iraq pada tahun 2003, pejuang bersenjata dari militia Iraq sering menggunakan pengebumian ini sebagai tempat bersembunyi dan mengintai musuh. Tentera Amerika tidak dapat memasuki kawasan tersebut kerana Wadi Al-Salam dipenuhi jalur berliku dan makam bawah tanah.

Namun, kekerasan yang melanda Iraq sejak tahun 2003 telah menyebabkan pengembangan besar-besaran pada Wadi Al-Salam. Pengebumian tersebut berkembang pesat setiap tahun sejak 2004. Pertama saat pertembungan melawan pasukan Amerika, perang sektarian tahun 2006-2007 ketika Syiah dan Sunni saling membunuh, dan akhirnya pada tahun 2008, terjadi pertempuran dengan tentera Iraq.
Namun dalam beberapa tahun terakhir, pertumbuhan Wadi Al-Salam sedikit melambat.sumber






Kuda terjatuh ke dalam perigi






BEBERAPA anggota penyelamat menggunakan kren untuk menyelamatkan kuda yang bernama Buddy yang terjatuh ke dalam sebuah perigi di San Rafael, California pada Isnin lalu.- AP


SAN RAFAEL, California - Beberapa anggota penyelamat menggunakan kren untuk mengangkat keluar seekor kuda yang terjatuh ke dalam sebuah perigi di sini pada Isnin lalu.

Kuda tersebut yang jatuh itu diselamatkan oleh anggota-anggota bomba, doktor veterinar dan seorang pengendali kren di sebuah ladang kecil.

Akhbar Marin Independent Journal melaporkan, kuda yang bernama Buddy itu terjatuh selepas penutup perigi tersebut dibuka.

Kren itu digunakan dalam kerja-kerja menyelamat kerana haiwan itu memiliki berat lebih 453.59 kilogram. - AP


Nenek berusia 72 tahun sertai kelas tarian tiang

HO (depan, kanan) menyertai kelas tarian tiang di Singapura kelmarin.- REUTERS

SINGAPURA - Seorang nenek berusia 72 tahun, Eva Ho menyertai kelas tarian tiang di sini pada setiap minggu. Ho merupakan bekas pesakit kanser payudara yang masih hidup dan dia mengekalkan kecergasan dirinya dengan menyertai kelas tarian itu.

Wanita yang berasal dari Sweden itu menyertai kelas tersebut bersama anggota-anggota sebuah pasukan perahu naga, Pink Spartan.

Pasukan perahu itu disertai oleh wanita-wanita yang pernah menghidap kanser.
Tarian tiang itu merupakan senaman untuk anggota-anggota pasukan tersebut melakukan persediaan sebelum mereka mendayung. 

Ho mempunyai tiga orang anak dan lapan cucu itu merupakan penduduk tetap di negara ini.

Dia menetap di sini selepas berkahwin dengan seorang warga Singapura. - Agensi 






Kisah Lucu : Mat Punk..



Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..

dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."


Biar Betol Bro ! Kereta F1 Dari 956.000 Batang Mancis ?

Orang yang membuat replika dari kereta F1 ini bernama Michael Arndt, dia membuatnya dalam masa kira-kira 6 tahun lamanya, menggunakan 956.000 Batang mancis api dan gam uhu saja ..
 
Kereta ini adalah 
replika inpirasi  dari McLaren 4/14 F1.
Untuk membuat
replika kereta ini, dia menghabiskan wang sekitar 6000 Euro ($ 8,725 ), dan mungkin juga dia telah menghabiskan 6 Tahun itu di rumah, tanpa bersosial dengan jirannya.Wah !!! Kreatif sungguh ... jom layan foto-foto replika kereta f1 ini;









Nuffnang Ads

Followers