Thursday 31 July 2014

WTF- Foto Aksi Lucu Atlet Sukan - Vol 10

 Sukan bukan sahaja baik untuk kesihatan anda, tetapi juga boleh meningkatkan rasa lucu kerana ia menyediakan banyak bahan menyeronokkan seperti ini! Saya faham bahawa agak tidak adil untuk ketawa pada atlet semasa mereka menjalankan tugas mereka . Saya pasti anda tidak dapat menahan ketawa melihat imej atlet sukan yang lucu dan gila diambil pada masa yang betul. Diharap anda terhibur .







Karya Seni Lukisan Pada Wanita Hamil Yang Mempersonakan.

Carrie Preston, seniman eropah yang  menghasilkan seni dari cat mengecat perut wanita yang hamil, mengubah perut mereka menjadi karya seni yang indah. Dari  watak filem Disney sampai dengan labu oren besar, Preston telah melukis pelbagai reka bentuk di lebih dari 130 perut hamil sampai saat ini. Dia menghabiskan kira-kira dua jam untuk melukis pada perut wanita hamil. 

Berikut adalah beberapa lukisan perut kegemaran karya Carrie Preston.
 








Menakjubkan! Bart van Polanen Petel Menghasilkan Lukisan Dengan Meninju.

Tinju dan melukis merupakan dua dunia yang berbeza. Namun di tangan seniman ini, kedua-duanya boleh digabungkan menjadi sebuah karya yang menakjubkan. Seorang bekas peninju berasal dari Belanda yang terjun ke ke dunia seni, menghasilkan lukisan dengan cara menumbuk ke kanvas.

Bart van Polanen Petel, seniman yang menggunakan sarung tinju untuk melukis di atas kanvas. Gerakan melukisnya pun seperti hendak menumbuk lawan. Sementara hasil penumbuk, meninggalkan percikan cat yang membentuk pola abstrak.

"Teknik tinju pada kanvas ini merupakan letupan emosi," terangnya. "Ada ketakutan, pencerobohan, juga kemarahan."

"Pukulan seperti uppercut merupakan gema haiwan dari diri kita," katanya lagi. "Pukulan boleh datang dari mana saja dalam hitungan saat."

Sebelumnya, Bart adalah seorang peninju profesional dan pernah menjadi murid peninju legenda, Joe Frazier. Namun kini, ia memutuskan gantung sarung tinju dan berpaling ke dunia seni.

Diakui Bart, teknik melukisnya terinspirasi dari artis Jepun, Ushio Shinohara. Sementara sepanjang 2014 ini, Bart telah berjaya menjual empat lukisannya.

 











Menarik Foto Lawak Giler - vol 475


Salam semua pembaca blog zamrispoon kali ini zamrispoon nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita .

Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog zamrispoon ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.








Pepatung Gergasi Sebesar 20 Sentimeter Gemparkan Penduduk Buckinghamshire.


Penduduk di kawasan Buckinghamshire di sini gempar apabila menemui seekor pepatung gergasi di kawasan mereka, lapor portal Metro.co, kelmarin.

Imej seekor pepatung gergasi sebesar 20 sentimeter (sm) berjaya dirakamkan oleh seorang penduduk, Rowena Wilkinson, 53, ketika serangga itu hinggap di tingkap rumahnya di Weston Turville.

Serangga berwarna hitam kelabu itu ditemui oleh anaknya, Molly, 24, di bahagian dapur sebelum dia menjerit ketakutan.

"Saya terdengar suara anak saya menjerit sebelum mendapati seekor pepatung gergasi sedang terbang," kata Wlkinson yang turut sama ketakutan.

Menurutnya, serangga itu mengeluarkan bunyi yang sangat bising seperti helikopter mini dan kelihatan seperti raksaksa.

Pepatung gergasi itu akhirnya dihalau keluar menerusi tingkap dapur selepas imejnya berjaya dirakamkan.

"Situasinya sama seperti berhadapan dengan labah-labah dan kami seperti tidak percaya dengan saiznya yang begitu besar," kata Wilkinson. -Agensi



Jom saksikan video berikut ini:



Pertandingan Memakai Hiasan Lebah Yang Menakjubkan.


Satu acara tahunan yang memerlukan peserta membiarkan tubuh mereka dihinggapi ribuan ekor lebah telah diadakan di Clovermead Apiaries di sini, baru-baru ini, lapor portal MailOnline, kelmarin.

Dalam pertandingan itu, peserta yang telah dilitupi ribuan ekor lebah perlu berjalan di pentas peragaan sebelum berat mereka ditimbang.

Pertandingan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu juara Bee Beard yang dipilih oleh juri dan peserta paling popular pilihan penonton.

Terdapat empat pasukan menyertai pertandingan kali ke-10 ini dengan setiap pasukan akan membentuk lebah itu kepada bentuk yang dikehendaki.

Pertandingan tersebut dipercayai telah diperkenalkan oleh seorang penternak lebah pada tahun 1700 apabila dia membentuk kawanan lebah seperti janggut di lehernya.

Penternak lebah itu kemudian berarak di jalanan seperti memakai pakaian luar biasa.

Juara bagi kategori juri dan pilihan penonton akan mendermakan sejumlah AS$2,500 (RM7,955) dan AS$2,000 (RM6,364) kepada badan amal pilihan mereka. - Agensi









Video Burung Merayu Minta Air Dari Manusia.


 Burung gagak dianggap sebagai salah satu yang paling bijak di antara semua haiwan. Dalam video ini, seekor burung gagak kelihatan melobi sekumpulan manusia untuk mendapatkan air pada hari yang panas.

Akhirnya  manusia mahu menuangkan sedikit air di tutup botol.

Jom saksikan video berikut ini:
 


Wednesday 30 July 2014

Derinkuyu, Bandar Bawah Tanah Yang Penuh Dengan Misteri di Turki


Wilayah bersejarah bernama Cappadocia,terletak di bandar Derinkuyu menjadi destinasi pelancongan popular kerana keunikannya. Ini kerana, bandar ini terletak di bawah tanah dengan pembentukan batuan yang unik dan keras dengan warna budaya timur tengah.

Masyhurnya, bandar bawah tanah ini berhubung satu sama lain walau letaknya di bawah tanah. Derinkuyu ini sangat terkenal kerana keluasan wilayahnya yang mampu menampung kira-kira 20,000 orang pada satu-satu masanya. Selain itu, bandar ini dibina 60 meter dari permukaan tanah oleh masyarakat abad ke-7 sebelum Masihi.

Walaupun terletak nun jauh di bawah tanah dan dibina pada zaman dahulu kala, tetapi bandar ini mempunyai sistem yang cukup moden. Bandar ini mempunyai kira-kira 600 pintu yang menuju ke bilik-bilik yang sangat besar. Walaupun pintu-pintunya diperbuat daripada batu besar, sangat mudah digunakan. Dengan reka bentuk menyerupai labirin, kemungkinan pengunjung yang baru memasuki bandar ini akan kebingungan mencari jalan keluar. 


Jom saksikan video berikut ini: 
 
\

Jika anda berkunjung ke Turki, tak ada salahnya melawat tempat ini. Derinkuyu terbuka untuk dikunjungi pelancong, walaupun hanya kira-kira 10-15% bahagian dari wilayah bawah tanah ini yang dibuka untuk umum.









WTF- Foto Aksi Lucu Atlet Sukan - Vol 9

 Sukan bukan sahaja baik untuk kesihatan anda, tetapi juga boleh meningkatkan rasa lucu kerana ia menyediakan banyak bahan menyeronokkan seperti ini! Saya faham bahawa agak tidak adil untuk ketawa pada atlet semasa mereka menjalankan tugas mereka . Saya pasti anda tidak dapat menahan ketawa melihat imej atlet sukan yang lucu dan gila diambil pada masa yang betul. Diharap anda terhibur .







Menarik! Pondok Kayu Mudah Alih Penganti Khemah Untuk Bercamping.

Berkhemah di hutan tidak terhad pada khemah, menurut pereka dari Studio Allergutendinge, yang telah mengembangkan shelter kayu mudah alih. Disebut 'Soul Box', tempat tinggal dua tingkat ini dilengkapi dengan kemudahan memasak dan tempat tidur di tingkat bawah, manakala tingkat atas berfungsi sebagai ruang untuk melihat untuk menikmati pemandangan sekitar dan bersantai.

 Bumbung dan dinding depan pondok ini juga boleh dibuka untuk memaksimumkan ruang dan membiarkan banyak cahaya matahari masuk. Dengan begitu banyak ciri-ciri, 'Soul Box' akan menjadi ruang yang selesa untu berkhemah.
 








Nuffnang Ads

Followers