Saturday 10 December 2016

Filled Under:

Anak Anjing Ini Berwarna Hijau.


Anda sering melihat anak ayam dicat warna-warni yang dijual di pasar ? Seekor anjing di Sepanyol juga mempunyai anak berwarna hijau. Uniknya, warna si anak anjing itu asli.

Tentu saja kehadiran "Hulk" kecil itu memeranjatkan si pemilik, Aido Vallelado. Ia mengaku terkejut ketika pertama kali memeriksa anjing kesayangannya melahirkan dan mencari dua anak anjing berwarna hijau. "Saya rasa anak anjing saya kotor jadi aku cuba membersihnya, tapi ternyata warnanya tidak hilang dan menyedari yang hijau adalah bulunya," kata perempuan berusia 27 tahun itu.

Kedua-dua anak anjing hijau itu betina dan jantan yang keadaannya lebih lemah berbanding saudaranya. Sayangnya, sekarang yang betina mati  selepas dilahirkan. Sementara itu yang jantan masih hidup meskipun keadaannya lemah dan warnanya mulai pudar.

Melihat warnanya yang hijau membuat ayah Aido bergurau bahawa mereka Hulk dan jangan membuatnya marah. Sedangkan doktor haiwan, Daniel Valverde, terkejut dengan fenomena anak anjing dilahirkan hijau ini. "Tidak ada kes seperti ini dalam kesusasteraan perubatan di Sepanyol. Saya melakukan ujian virus dan bakteria untuk mendapat jawapan," katanya.

Meskipun baru pertama di Sepanyol tetapi laporan lain mengatakan hal seperti itu juga pernah terjadi di eropah. Pada 2012 tercatat ada Labrador melahirkan anak anjing hijau di rumahnya di Clayon-le-Moors, Lancashire. Kajian sementara menduga warna hijau disebabkan pendedahan suatu senyawa yang disebut biliverdin yang biasa dijumpai di dalam plasenta.







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers