Tuesday, 20 December 2016

Filled Under:

Tangga Paling Curam.


Sebuah tempat yang dikenali sebagai Jamestown, untuk menuju ke tempat ini, tiada lif disediakan dan anda terpaksa menaiki tangga tercuram di dunia untuk menuju ke atas.

Saint Helena Railway Company telah membina sebuah laluan untuk kereta kabel di Saint Helena pada tahun 1829. Ia bertujuan untuk mengangkut bekalan dari pelabuhan dan pusat bandar bandar Jamestown ke puncak Ladder Hill Fort.



Ia kemudiannya telah diubah dan dibina sebagai sebuah tangga yang panjang dan curam oleh Jurutera Diraja pada tahun 1871 yang kini dikenali sebagai Jacob's Ladder. Ia telah direka dan disenaraikan sebagai binaan Gred 1.

Tangga itu kini masih boleh digunakan untuk memanjat ke Ladder Hill, di mana sebuah kawasan pinggir bandar dikenali sebagai Half Tree Hollow telah dibangunkan. Tangga ini terdiri daripada 699 anak tangga dan setinggi 183 meter (600 kaki).












0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs