Friday 23 December 2016

Filled Under:

Ternyata Ada Ikan Bergigi Seperti Manusia.


Seorang nelayan  Rusia baru-baru ini terkejut dengan penangkapan barunya. Nelayan berusia 50 tahun itu tidak sengaja menjaring ikan yang sangat unik dan aneh .

Angler Aleks Korobo
terkejut ketika menangkap ikan yang ternyata mempunyai gigi mirip manusia. Ikan tersebut terjerat pada  jaring yang ia lepas di Sungai Dvina, Arkhangelsk Wilayah, Russia.

"Pada mulanya saya hanya membuka insangnya kerana sangat bagus dan merah," kata Angler. "Tapi aku sedar ada yang aneh dengan mulut ikan tersebut. Ketika membuka mulutnya, aku hampir terjatuh kerana terkejut melihat ikan itu punya gigi manusia."

Angler kemudian bergegas memberi tahu rakan-rakannya. Namun kerana banyak yang tidak percaya, ia menghubungi Institut Perikanan  dan membawa ikan yang telah mati itu.

"Kami perlu melakukan bedah siasat untuk mengetahui jenis ikan ini," kata wakil Institut Perikanan . "Kami akan mula dengan siri pemeriksaan pada mulut dan gigi ikan tersebut."

"Kami yakin ikan ini masih termasuk keluarga Piranha. Kami mengesyaki ini adalah jenis Piranha herbivora, bukan jenis yang memakan daging seperti yang ada di filem-filem," tambah wakil Institut Perikanan . "Sangat jarang melihat ikan di air tawar berada di sini."

Hingga saat ini, Institut Perikanan dan Marin masih belum memastikan jenis ikan tersebut. Mereka juga mengatakan ada kemungkinan ikan bergigi manusia ini adalah hasil ujian yang dilakukan saintis lain.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers