Sunday 25 December 2016

Filled Under:

Tumbuh Gigi Dalam Lubang Hidung.

 
Seorang lelaki Arab Saudi yang sering mengalami hidung berdarah akhirnya mendapat jawapan mengejutkan mengenai punca masalahnya itu apabila doktor menemui gigi yang tumbuh di dalam hidungnya.

Lelaki berusia 22 tahun yang tidak tahan mengalami masalah hidung berdarah sekurang-kurangnya sekali setiap bulan sejak tiga tahun lalu terkejut apabila dimaklumkan gigi sebesar satu sentimeter ditemui di dalam lubang hidungnya yang disahkan doktor gigi adalah gigi tambahan.

Gigi itu mengakibatkan pendarahan setiap kali lelaki terbabit menggosok hidungnya.

Masalah hidung berdarah selesai selepas gigi itu dikeluarkan dalam satu pembedahan kecil.

Pakar patologi pergigian Dr John Hellstein berkata kes itu amat ganjil disebabkan lokasi ‘dipilih’ gigi berkenaan. - Agensi 


 Jom saksikan video berikut ini:








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers