Friday, 6 January 2017

Filled Under:

1 Minit Boleh Makan 33 Bawang Putih.


Pertandingan pelik dan unik yang memerlukan pesertanya memakan bawang putih baru saja dilaksanakan di The George Inn, Chideock, England. David Greenman, berjaya memenangi pertandingan itu.

David berjaya menyandang juara satu dalam pertandingan World Garlic Eating Competition. Lelaki berusia 34 tahun ini menang setelah berjaya makan 33 bawang putih hanya dalam seminit.

David berjaya mengalahkan 24 peserta lain dalam pertandingan tersebut. Padahal, bawang putih yang digunakan termasuk yang sangat besar dan mempunyai aroma yang tersendiri .

"Bawang putih yang kami gunakan termasuk jenis yang tergolong lazat jika dimakan mentah," ujar Mark Botwright, pemilik South West Garlic Farm. "Bawang tersebut masih sangat segar dan biasanya akan terasa sangat panas dan pedas."

Melalui pertandingan ini, David berjaya membawa piala dan hadiah berupa wang sebanyak US $ 162 . Malangnya, prestasi lelaki berasal Beaminster, itu, belum dapat melebihi juara World Garlic Eating Competition 2013 Oliver Farmer dari Charmouth, menjadi pemenang pertandingan tahun lalu dengan memakan 49 ulas bawang putih dalam seminit.




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs