Tuesday 24 January 2017

Filled Under:

Anak Lembu Pelik Ini Punyai Angka 7 di Kepala.


Muncul seekor anak lembu yang kulit di kepalanya membentuk angka tujuh (7). Kulitnya dominan dengan warna hitam dan   angka tujuh di kepalanya berwarna putih.

Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, anak lembu unik ini adalah milik seorang penternak di daerah Pennsylvania, Amerika Syarikat. Berawal dari foto anak lembu unik tersebut yang diupload ke laman  Facebook. Dalam sekejap sahaja mendapat perhatian orang awam dengan memperoleh 1,100 like dan 100 komen.

Kemasyhuran beliau melalui media sosial membuatnya kemudian dikunjungi oleh stesen televisyen WJAC ke lokasi ladang itu untuk membuat liputan secara langsung anak lembu unik tersebut.


 Carissa Westrick pengarah pengembangan perniagaan pertanian mengatakan dia bakal menampilkan anak lembu itu di minggu pertanian dan peternakan bulan depan. "Saya melihat pola kulit lembu di pelbagai negara. Mereka memang unik. Ada yang berbentuk lambang jenama NIKE dan bermacam-macam bentuk lagi," kataWestrick.

Anak lembu ini diberi nama Ben, diambil sempena dari nama Ben Roethlisberger, pemain American Football termahal ketika  ini. Roethlisberger bernombor  tujuh (7).







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers