Wednesday, 25 January 2017

Filled Under:

Bahan Api Motor Ini Ialah Najis.


PELIK!!! pertama kali membaca berita tentang teknologi motor terbaru dari Jepun ini iaitu motosikal hebat keluaran dari syarikat TOTO. Syarikat berasal negara Jepun ini menghasilkan tandas dan alat-alat kebersihan sebagai produk utama mereka. Namun di tahun 2012 , syarikat tersebut mengenalkan motor teknologi biogas yang memanfaatkan najis haiwan sebagai bahan bakar.

Motor keluaran terbaru ini diberi nama panggilan Poop Powered ini diharapkan menjadi salah satu alat pengangkutan yang cekap dan mesra alam. Motor direka dengan 3 roda, tempat pemegang direka seperti tandas. Dan juga tidak lupa di bahagian belakang disertakan gulungan kertas saiz jumbo.

Motor Poop Powered milik syarikat TOTO ini merupakan motor pertama yang boleh mengolah sisa sebagai bahan bakar utama. Seperti yang dikatakan oleh Kenji Fujita bahawa motor ini menggunakan bahan bakar biogas yang berasal dari najis haiwan.

Sayangnya motor bijak dan mesra alam ini belum dirancang untuk  ke pasaran automotif.

Syarikat TOTO telah lama melakukan kempen tentang kesihatan persekitaran kepada masyarakat Jepun dan dunia. Kempen tentang persekitaran yang sihat tersebut juga disertai dengan pengeluaran alat-alat kebersihan rumah dan pejabat yang mesra terhadap alam sekitar.










0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs