Saturday, 21 January 2017

Filled Under:

Bila Ketawa Anda Kena Bayar.


Ada yang kata ketawa itu percuma tapi tidak di kafe yang satu ini. Sebuah kelab komedi di Barcelona, Sepanyol, menarik bayaran ke pengunjung yang dikira setiap kali tertawa.

Disebut "Pay-Per-Laugh", konsep itu membuat kafe The Teatreneu memberi   masuk secara percuma pada pengunjung yang ingin menonton hiburan komedi di sana. Namun kos akan dibebankan dengan hitungan setiap kali mereka tertawa. Software pengenal wajah akan digunakan untuk mengira berapa kali pengunjung tertawa.

Software pengenal wajah itu dipasang di setiap kerusi untuk mengenali saat orang yang duduk di situ tertawa. Setiap ketawa dikenakan 0.30 Euro dengan batasan maksimum 24 Euro.

Konsep unik tersebut merupakan hasil ciptaan agensi pengiklanan The Cyranos McCann. "Pay-Per-Laugh" digunakan sebagai satu cara "bantahan" atas kenaiknya cukai persembahan teater. Kerajaan menaikkan cukai persembahan dari 8 peratus jadi 20 peratus yang akhirnya menurunkan jumlah penonton hingga 30 peratus dalam setahun.

Percubaan ini cukup berjaya dengan larisnya tiket dan mendapat liputan oleh media-media serta jadi pembicaraan di jejaring sosial. Alhasil pengunjung meningkat dan setiap persembahan "Pay-Per-Laugh" menghasilkan 28 ribu Euro lebih banyak dari biasanya.

Kini sistem tersebut digunakan juga oleh teater lain di seluruh Sepanyol serta negara jiran. James Woroniecki, pemilik Kelab London 99, mengaku ikut tertarik. "Banyak orang yang tertawa terbahak-bahak di sini, jadi kami harus menyiapkan juruwang di setiap kerusi," katanya.










0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs