Sunday, 8 January 2017

Filled Under:

Botol Paling Nipis di Dunia.


Botol minuman pastinya berbentuk silinder yang kerap menonjol jika dimasukkan dalam beg. Kini ada pereka yang memberikan penyelesaian lain dengan mengembangkan botol minum berbentuk kotak.

Dinamakan Memobottle, botol plastik berwarna jernih itu berbentuk kotak nipis. Dua pereka berasal Australia, Jesse Leeworthy dan Jonathan Byrt, mendakwa desainnya tersebut akan memudahkan botol disimpan dalam beg . Maklum saja, rata-rata beg  berbentuk rata dengan ruang yang terhad.

Memobottle sendiri mempunyai tiga versi saiz sama dengan kertas iaitu letter, HVS A4 dan A5. Untuk saiz letter mempunyai volume 750 ml sedangkan dua lainnya mampu menampung 1.25 liter air. Ketiganya mempunyai ketebalan 30 mm dan direka tahan lasak serta boleh dibasuh yang diperbuat dari bahan plastik kitar semula.

"Kami selalu tertarik dengan isu persekitaran hidup," kata Jesse. "Selama bertahun-tahun kami fokus membuat reka bentuk kreatif yang mengurangkan sampah sekaligus meningkatkan kesedaran masyarakat."

Kini Jesse dan Jonathan sedang mencari penaja untuk menghasilkan secara besar-besaran botol minum rata ini. Rencananya Memobottle akan dipasarkan pada harga US $ 21  pada akhir tahun ini. 







 




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs