Friday 13 January 2017

Filled Under:

Burger Paling Mahal Dibungkus Dengan Daun Emas.


 Restoran Chelsea s Honky Tonk di London berjaya mengkreasikan menu burger termahal di dunia yang digelar "Glamburger". Dijual seharga 1100 Poundsterling atau setara Rm 5781.78 , burger ini disajikan dengan bungkus dengan daun emas.

Satu hidangan "Glamburger" meliputi udang Kanada, daging lembu Kobe, truffle brie hitam dan daging rusa New Zealand. Tidak hanya itu, di dalamnya juga terdapat Kaviar Beluga, mangga, champagne jus dan ditutup daun emas serta taburan parutan truffle putih. Satu hidangan mengandungi 2.618 kalori yang mencukupi keperluan kalori seorang lelaki dewasa dalam sehari.

Pembuatnya, Ketua tukang masak, Chris Large, membuat burger termahal ini berkenaan dengan perayaan jualan kelima juta baucar makanan dan minuman dari syarikat Groupon. Pelanggan boleh bersaing untuk memenangi peluang merasai hidangan ini melalui website syarikat tersebut.

Chris sendirilah yang mengumumkan untuk siapa hidangan super besarnya ini dibuat. "Setelah mencari bahan-bahan terbaik untuk membuat karya ini, pemenang tentu akan menikmati makan malam yang sukar dilupakan," terangnya pada Daily Telegraph.

 









0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers