Thursday, 19 January 2017

Filled Under:

Inilah Pekasam Burung Yang Anda Tidak Ketahui.


Tahukah anda, ada sebuah makanan unik bernama Kiviaq, yang merupakan makanan khas untuk  suku inuit. Hidangan ini diperbuat daripada burung laut yang diperam.

 Makanan ini mereka persiapkan agar mereka terhindar kekurangan makanan pada saat memasuki bulan-bulan yang sejuk. Makanan ini nampaknya cukup sukar untuk perut mereka yang tidak biasa.

 Kiviaq biasa dimakan mentah atau tidak dimasak. Burung laut yang digunakan untuk kiviaq ini adalah burung laut auks dan ini dipelihara di dalam kulit anjing laut. Sekitar 500 burung Auks dimasukkan ke dalam kantung kulit itu dan kemudian dijahit.

 burung auks

 Mereka memasukkan semua bahagian tubuh burung  auks itu termasuk  kaki, dan bulunya. Untuk menhindari lalat maka kantung kulit ini disapu lemak di seluruh lapisan luarnya. Burung-burung ini kemudian diperam di bawah tumpukan batu selama sekurang-kurangnya 3 bulan atau bahkan 18 bulan.

 Suku Inuit mengambil Kiviaq selama musim sejuk di Greenland, terutama pada hari ulang tahun dan perkahwinan.







2 comments:

Followers

networkblogs