Thursday 12 January 2017

Filled Under:

Kerana Sushi Kuil Ini Dibina.


Jepun mempunyai beberapa kuil yang akan membuat kita terkedu, misalnya kuil untuk payudara atau alat kelamin lelaki. Ternyata masih ada satu lagi yang tidak kalah unik iaitu khusus untuk menghormati sushi. Ya, sushi yang dimaksudkan adalah makanan khas Jepun yang popular di seluruh dunia.

Kuil itu bernama Namiyoke Inari yang sebenarnya awalnya tidak bertujuan untuk sushi. Kuil tersebut mempunyai batu "kubur sushi" yang disebut Sushitzuka untuk ikan-ikan yang "dikorbankan" jadi makanan. Beberapa ikan yang popular jadi tambahan sushi, seperti udang atau salmon, mempunyai batu persembahan sendiri.

Letak kuil sushi itu berada di Tsukiji, Tokyo, yang merupakan pasar makanan laut terbesar di Jepun dan menjadi sumber sajian sushi dari restoran terbaik. Dalam setahun ada 700 ribu tan ikan yang lalu-lalang dijual beli di pasar Tsukiji dengan nilai 600 trilion Yen. Para pengusaha di pasar itulah yang membiayai kuil.

Penghormatan sushi ini nampaknya masih berkaitan dengan kebiasaan orang Jepun mengucapkan "itadakimasu" sebelum makan. Erti kata itu adalah "aku akan menerimanya" yang dipercayai sebagai bentuk ucapan terima kasih terhadap haiwan yang mereka makan sehingga maknanya jadi "aku akan menerima hidupmu".

Namiyoke Inari adalah kuil Shinto yang ditubuhkan sejak zaman Edo kerana kebakaran hebat Meireki pada 1657. Namanya sendiri bermaksud "perlindungan dari gelombang". Sedangkan pasar Tsukuji baru dibuka pada 1923 usai gempa Kanto dan sejak itu Namiyoke Inari menjadi kuil mereka.

 






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers