Thursday 12 January 2017

Filled Under:

Kerana Tidak Berhenti Makan Budak Ini Terus Gemuk.


Misael membuat kedua ibu bapanya pening sekaligus perihatin dengan keadaan tubuhnya yang terus menggemuk. Sebabnya, ia terkena sindrom yang membuatnya tidak boleh berhenti makan. Tidak hairan jika di usianya yang baru 3 tahun ini beratnya mencapai 70 kg.

Kanak-kanak berasal dari  Brazil ini sebenarnya dilahirkan dengan berat normal 2.9 kg tetapi sejak itu beratnya terus bertambah tiap bulan. Kini dengan beratnya 70 kg membuat Misael tidak boleh berjalan normal. Doktor pun menduga kuat ia menderita sindrom langkan Prader-Willi yang membuatnya terus kelaparan sehingga tidak boleh berhenti makan.

Pesakit sindrom Prader-Willi akan makan 3-6 kali lebih banyak dari usia normal dan tetap merasa lapar. Pesakit sindrom ini biasanya akan menghadapi masalah untuk belajar, pemarah dan keras kepala. Masalah tiroid juga membuat Misael makin gemuk dan rawatan tidak membantu banyak.

Keadaan tubuh Misael yang menggelembung seperti belon akhirnya juga menarik perhatian apabila keluar rumah. Si ayah mengatakan bahawa Misael menjadi sasaran berfoto pejalan kaki. Untuk membawanya ke doktor juga menjadi masalah baru sehingga harus menyewa teksi sendiri.

"Bahkan untuk membawanya ke doktor atau meninggalkan rumah adalah hal yang sukar," kata  Michael. "Ketika kami jalan-jalan, orang-orang akan berhenti memotretnya. Mereka berkata tidak pernah melihat anak saiz dia jadi mereka banyak bertanya ini itu."

 









0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers