Saturday, 28 January 2017

Filled Under:

Kereta Ini Punyai Rambut Manusia.


Wanita yang berkerjaya  sebagai pendandan rambut ini  menutupi keretanya dengan rambut manusia.

Kereta Fiat 500 milik Maria Lucia Mugno, nampak cantik dengan rambut manusia yang menutupi seluruh bahagian kenderaannya itu dibantu oleh Valentino Stassano yang merupakan pembantunya,
pendandan rambut berasal dari  Itali ini tidak hanya menutupi bahagian luar keretanya saja, tapi juga bahagian dalamya.

Bahagian dalaman seperti kerusi, stereng, papan pemuka bahkan bumbung kereta, seluruhnya tertutup oleh rambut. Rambut-rambut berwarna hitam, coklat dan berambut perang ini, Jalinan sedemikian rupa sehingga membuat keretanya semakin indah.

Maria dan Valentino memerlukan masa 150 jam untuk menata rambut-rambut yang diimport dari India itu. Hasil kerja akhirnya menuai prestasi dengan mendapat pengiktirafan  rekod dari Guinness World Record.

Untuk menjaga keretanya tidak "kusut", Maria rajin menyikat seluruh bahagian keretanya agar rapi. Kereta rambut ini telah menelan belanja sebanyak US $ 100 ribu
.












0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs