Monday, 30 January 2017

Filled Under:

Labu Ini Didakwa Terbesar di Dunia.


Dua beradik  kembar berasal
Pennington, Hampshire England baru saja memecahkan rekod terbaru menanam labu bersaiz raksasa. Labu seberat 1.6 tan ini didakwa sebagai labu terbesar di Eropah.

Dipetik dari laman Dailymail, labu milik Ian dan Stuart Paton ini sebelumnya juga pernah memecahkan rekod. Lelaki berusia 53 tahun ini tercatat sebagai petani dari perkampungan Pennington, Hampshire,
England.

Bahkan, kedua beradik kembar ini sebelumnya juga pernah memecahkan rekod dunia labu seberat 2.32 tan. Anak perempuan Ian, Bailey Martin yang masih berusia tiga tahun seringkali memanjat dan duduk di atas labu raksasa yang ditanam dalam rumah kaca tersebut.

"Kami menjangkakan berat labu ini akan mencapai lebih daripada 1.6 tan," ujar Ian .

Menurutnya kunci rahsia untuk menghasilkan labu raksasa setinggi 16 kaki dan lebar empat setengah meter itu sangatlah mudah.

"Jika anda semua  ingin mendapatkan labu gergasi seperti ini maka yang harus anda lakukan adalah merawat dan memberikan baja yang cukup banyak," ujarnya.

Selain itu, petani kembar ini sebelumnya juga pernah memecahkan rekod baru pada labu raksasa milik mereka. Pada 2008 lalu, dua saudara kembar ini juga pernah memecahkan rekod labu terbesar di Eropah. Labu seberat 1.457 tan yang beratnya lebih dari sebuah kereta bersaiz kecil.

Pada 2010, kedua-duanya juga berjaya menanam labu sebanyak 1.tan yang ukurannya sebanyak enam puluh kali ganda daripada saiz labu biasa.











0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs