Sunday 8 January 2017

Filled Under:

Main Biola Sambil Dibedah.


Seorang pemain biola menghiburkan  doktor ketika dibedah dengan gesekan biola  beliau.  Naomi Elishuv bermain biola di tengah menjalani pembedahan otak.

Naomi Elishuv adalah pemain biola profesional di Lithuanian National Symphony Orchestra namun sudah berhenti kerana menderita sakit. Ia mengalami keadaan bahagian tubuhnya gementar sehingga ia terpaksa bersara 20 tahun lalu. Lalu pada minggu lalu ia menjalani pembedahan di Israel untuk menanamkan elektrod di otaknya untuk mengurangkan gangguan gementar.

Agar hampir tepat sasaran, doktor pun menyuruh Naomi yang dibius  bermain biola selama proses penanaman elektrod di otak. Dalam video yang dikeluarkan Tel Aviv Sourasky Medical Centre menunjukkan awalnya Naomi gementar namun permainannya menjadi stabil ketika elektrod dipasang.

"Untuk meletakkan elektrod di titik yang tepat, kami ingin dia aktif menyertai secara terus sehingga kami memintanya untuk bermain biola ketika dibedah," kata Professor Yitzhak Fried yang menangani pembedahan tersebut. "Selama prosedur dia tidak kesakitan kerana kawasan di otak memang tidak boleh merasakan sakit."

Naomi sendiri mengaku senang ketikai menjalani pembedahan dan tidak sabar lagi untuk menjalani hidup normal. "Aku ingin bermain muzik, menandatangani namaku dan minum teh tanpa membuatnya tumpah," katanya gembira.

Inilah video Naomi Elishuv main biola ketika dibedah:


 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers