Wednesday 11 January 2017

Filled Under:

Pasti Anda Terkejut Lihat Kereta Mercedes Bling bling Ini.


Seorang pelajar di Rusia mempunyai kereta Mercedes CLS 350 yang seluruhnya dilapisi kristal Swarovski. Kereta bling-bling itu pun dipamerkannya di jalanan di London.

Pemilik kereta itu adalah Daria Radionova yang memarkingnya di depan Levin Hotel di Knightsbridge, London bahagian barat. Kawasan tersebut memang sudah tersohor sebagai tempat "pameran" kereta mewah milik konglomerat Arab yang bercuti ke Eropah semasa musim panas. Kerana ingin tampil beza antara Rolls Royce, Ferrari atau Lamborghini maka ia memutuskan melapisinya dengan kristal Swarovski . 


Daria membelanjarkan sebanyak US $ 30 ribu untuk melapisi Mercedes-nya itu yang dilakukan pasukan khusus di Rusia selama 2 bulan. Tapi nampaknya kos bukan masalah besar untuknya kerana ia menyimpan sekantung Swarovski di keretanya sebagai cadangan jika ada yang pencuri. Masalah mencuci juga tidak menjadi masalah menggunakan air sabun dan spans.

Daria pun senang kini keretanya menarik perhatian pejalan kaki. Perempuan berusia 21 tahun itu tidak peduli dengan pandangan iri orang lain terhadap kenderaannya. Pihak hotel juga mengaku bahawa Mercedes Swarovski itu yang paling unik diantara jajaran kereta mewah yang diletakkan di sana selama ini.

 










0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers