Thursday, 26 January 2017

Filled Under:

Perkampungan Ini Tiada Jalan Raya.


Sebuah perkampungan yang unik yang ada di Belanda ini. Tidak seperti kampung-kampung yang pernah kita kenal yang umumnya padat dengan jalan raya,perkampungan kecil bernama Giethoorn ini tidak mempunyai jalan raya. Hampir seluruh kawasannya dikelilingi oleh sungai-sungai kecil.

Mungkin boleh dibilang perkampungan ini seperti Bandar Venice di Negeri Kincir Angin. Di Bandar Giethoorn terdapat saluran-saluran sungai yang rata-rata sepanjang 6.5 km. Saluran-saluran itu dihiasi hijau dan indahnya alam sekitar perkampungan yang begitu memanjakan mata. Belum lagi dengan rumah-rumah penduduknya yang  cantik dan unik, rumah mereka menggunakan reka bentuk tradisional khas Belanda.

Sebagai satu cara pengangkutan, penduduk kampung menggunakan sampan kecil atau berjalan melalui jambatan. Jika anda ingin berkunjung ke sana, kereta atau bas pelancongan anda harus diletakkan di luar kampung tersebut.Diketahui, sebagaimana yang dilaporkan oleh Sometimes Interesting, Perkampungan Giethoorn mula terkenal pada tahun 1958 dimana ketika itu dibuat filem oleh Bert Haanstra dan ditayangkan dalam festival filem Fanfare.












0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs