Monday 9 January 2017

Filled Under:

Sudah Ribuan Kali Pagar Ini di Cat.



Bagaimana  rupa benda yang memegang rekod dunia sebagai objek paling sering dicat? Benda itu boleh dilihat di Universiti Mellon di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat, yang ternyata "hanya" sebuah pagar biasa.

Namun di balik penampilan sederhana pagar di tengah kampus tersebut menyimpan sejarah yang panjang Carnegie Mellon University (CMU). Dalam 70 tahun terakhir sejak berdiri pada 1900 silam, pagar itu digunakan mahasiswa sebagai papan pengumuman tidak rasmi. Selama itulah pagar dicat untuk mengkhabarkan maklumat atau mengiklankan acara kampus kerana letaknya yang strategik.

Alhasil cat yang diaplikasikan berulang-ulang selama bertahun-tahun terkumpul dan membuat pagar yang asalnya dari kayu itu roboh pada 1993 Namun saat runtuh itu pagarnya telah mendapat gelaran "objek paling banyak dicat di dunia" oleh Guinness Book of World Records. Kini pagarnya sudah diganti dengan bahan konkrit dan mahasiswa tetap meneruskan tradisi mengecatnya berulang-ulang untuk memecahkan rekod yang dipegang pagar asalnya.

Tradisi menggunakan pagar itu untuk papan pengumuman bermula dari awal penubuhan kampus. Saat itu fakulti teknik dipisahkan bukit dengan sekolah Margaret Morrison dan kawasan di tengah-tengah digunakan mahasiswa lelaki menemui murid sekolah khusus wanita itu. Suatu hari tiba-tiba muncul pagar di titik tersebut untuk mengumumkan pesta kampus yang akhirnya berjalan lancar dan sejak itu tradisi pun bermula.

Mahasiswa dibenarkan mengecat seluruh pagar di tengah malam hingga senja hanya memakai paintbrush, dilarang menggunakan cat dinding dan semburan. Agar catnya tidak disusun dalam kurun waktu tertentu biasanya dijaga 2 mahasiswa dengan berkhemah di sana. Pagar yang ditubuhkan 1993 itu saja sekarang tebal lapisan catnya sudah mencapai 10 cm.











0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers