Saturday 21 January 2017

Filled Under:

Tak Jadi Bunuh Diri Kerana Tersepit.



Golden Gate merupakan jambatan unik  yang cukup panjang, dan eksotik antara California dan San Francisco. Dibina tahun 1937, jambatan ini mempunyai struktur yang sangat mengagumkan. Bahkan banyak pakar yang menaruh rasa sangsi jika jambatan ini boleh dibina kala itu.

Kini, jambatan ini menjadi satu cara utama yang menghubungkan antara California dan San Francisco. Namun jambatan ini juga menjadi tempat yang cukup seram, kerana banyak adegan bunuh diri dan cuba bunuh diri di sana.

Seperti yang dilakukan oleh lelaki bernama Kevin Berthia, yang prustasi dengan kehidupannya. Ia sendiri merupakan anak yatim piatu, yang sejak umur 12 tahun diterima  oleh sebuah keluarga. Enam bulan berselang, keluarga yang menerima itu bercerai.

Kini ia pun mempunyai kekasih dan hamil. Lalu kekasihnya tersebut melahirkan pra-matang, dan anaknya harus berada di inkubator selama lapan minggu. Ia pun merenung dan tidak bercakap dengan sesiapa, bahkan ia menyalahkan dirinya sendiri.

Pada saat itulah, Kevin berjalan ke jambatan Golden Gate, dan memikirkan nasibnya. Lalu ia pun mengambil inisiatif untuk mengakhiri hidupnya. Namun nahas, entah seperti apa kejadiannya, kepalanya tersangkut di jambatan tersebut. Ia pun akhirnya ditolong oleh petugas jambatan, terluka dan malu, ia pun akhirnya mendapatkan rawatan di hospital terdekat.

"Saya sangat yakin boleh menamatkan hidup saya, tetapi di saat terakhir ada yang menghentikan aksi saya dan entah bagaimana kepala saya tersangkut di jeriji jambatan, saya bergantung di sana selama 92 minit untuk ditolong," kata Kevin.

Lelaki tersebut akhirnya diberikan bantuan psikologi, agar ia boleh membesarkan anaknya dengan kasih sayang.









1 comments:

Nuffnang Ads

Followers