Saturday 14 January 2017

Filled Under:

Tanpa Makan dan Minum Budak Ini Boleh Hidup.


Semua orang pasti boleh  hidup dengan memerlukan  makanan dan minuam setiap harinya untuk tetap bertenaga. Namun, tidak dengan kanak yang bernama Landon Jones yang tidak boleh merasakan lapar dan haus sejak 14 Oktober 2013 selepas dirinya makan pizza dan ais krim.

Sejak pada masa itulah, Landon sudah tidak pernah makan dan minum lagi bahkan menyebabkan berat badannya turun dari 47 kg menjadi 30 kg. Landon terus kehilangan 907 gr tiap minggunya. Landon hanya makan satu gigitan sandwich setiap harinya. Tubuh Landon kini pun menjadi lemah dan tidak bertenaga.

Bahkan, aktiviti sekolah Landon pun terganggung dimana Landon hanya menghadiri 65 hari sekolah dalam setahun. Seharian Landon kini pun semakin membimbangkan, dirinya hanya berbaring di sofa rumahnya dan sudah tidak pernah keluar rumah lagi untuk bermain bersama rakan-rakannya. Padahal menurut Ayahnya, dulu Landon ini merupakan seorang kanak yang ceria dan bertenaga.

"Dulu Landon sering tertawa, dia juga ceria dan bertenaga. Landon biasanya rajin menunggang basikal pergi ke taman. Kemudian saat  pada 14 Oktober tahun lalu, dia menghentikan semua aktiviti itu. "kata ayah Landon, Jones .

Sudah banyak usaha dari ibu bapa Landon untuk membawa Landon ke hospital. Namun, tetap tidak ada perubahan. Bahkan Seorang pakar  saraf di Mayo Clinic bernama Dr. Marc Patterson, mengatakan kes Landon mungkin satu-satunya yang ada di dunia yang mengatakan jika Landon mengalami kesalahan fungsi hipotalamus yang menyebabkan berkurangnya kemampuan otak untuk mengatur rasa lapar, haus, mengukur suhu badan, tekanan darah dan kitaran tidur.







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers