Monday 23 January 2017

Filled Under:

Wartawan Paling Cantik di Dunia.


Sungguh cantik seorang wartawan bola sepak  hampir kehilangan pekerjaan kerana dianggap mengganggu konsentrasi para pemain.

Perkenalkan wartawan cantik berasal  dari Serbia, Katarina Sreckovic, yang selalu mengganggu konsentrasi para pemain ketikan  melakukan tugasnya di atas padang .

Sreckovic menceritakan dia hampir tidak boleh melakukan wawancara dengan  pemain-pemain kelab Serbia, Red Star Belgrade.

Kecantikan Sreckovic telah mengganggu tumpuan mereka saat wawancara atau bermain.

"Aku akui pada awalnya itu menjadi masalah. Tapi aku fikir mereka sudah terbiasa sekarang," kata wartawan 25 tahun ini.

"Dulu sangat sukar melakukan tugasku dan seakan-akan mereka tidak boleh bekerja bersamaku."

Sreckovic bahkan sering diminta menjauhi beberapa kali kerana dianggap mengalihkan perhatian pemain di padang. Para pemain mengeluh mereka tidak boleh menumpukan perhatian.

Namun Sreckovic mengatakan dia terus berusaha mempertahankan pekerjaannya, Dia yakin bahawa para pemain pada akhirnya akan terbiasa dengan kehadirannya. Dan itu terbukti.

"Aku sangat gembira kerana aku juga peminat Red Star dan ini adalah pekerjaan impianku," tambahnya.


Red Star dulunya sering menjadi juara Eropah di awal tahun 1990-an. Dan kini, meskipun dilanda krisis kewangan, kelab tersebut masih menjadi pasukan yang diambil kira di Serbia.









0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers