Saturday 15 July 2017

Filled Under:

Kerusi Khas Untuk Ibu Menyusui Bayi



Kerajaan  Pingxiang, wilayah Jiangxi, China seolah-olah menyedari pentingnya pemberian penyusuan bagi bayi. Kerana itulah, kerajaan  Pingxiang akhirnya menyediakan kerusi khas untuk ibu menyusui di dalam bas.

Kerusi tersebut disediakan pada 10 bus di 4 laluan. Penyediaan kerusi ibu menyusukan ini disambut dengan gembira oleh masyarakat setempat.

Mereka gembira dengan program kerajaan tersebut. Dalam foto-fotonya yang beredar, kerusi
penyusuan ini nampak dilengkapi dengan tirai.

Tirai tersebut membuat ibu-ibu boleh menyusukan bayi dengan selesa. Ibu-ibu ini juga mendapat privasi mereka dengan adanya tirai itu. Kerusi penyusuan ini diletakkan di dekat pintu.

Jika tidak ada ibu-ibu membawa bayi yang naik, penumpang lain boleh duduk di kerusi tersebut. Namun kalau ada penumpang ibu dan bayi naik, maka pemandu akan meminta penumpang itu pindah dan memberikannya pada ibu tersebut.

Perilisan program kerusi penyusuan di bas ini berikutan kajian yang dilakukan oleh WHO. Menurut WHO angka pemberian penyusuan eksklusif di China sangat rendah dan hanya mencapai 28 peratus.

Diduga, pemberian penyusuan eksklusif di China sangat rendah salah satunya kerana kurangnya kemudahan kejururawatan di ruang awam. Dengan adanya kerusi
penyusuan di dalam bas, diharapkan dapat meningkatkan pemberian  eksklusif bagi bayi dan kanak-kanak kecil di China.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers