Sunday, 16 July 2017

Filled Under:

Ngeri Keldai Dicampak Hidup hidup Dalam Kandang Harimau.



Video mengerikan dimuat naik ke Internet menunjukkan saat penjaga zoo di China menolak keldai hidup ke kandang harimau untuk dimakan tiga haiwan pemangsa itu.

Keldai yang ketakutan itu ditolak pekerja yang memakai baju hujan sebelum jatuh ke dalam air yang mengelilingi kandang harimau dan terus diserang dua haiwan berkenaan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di zoo Changzhou, timur China.

Menurut keterangan video itu, keldai malang berkenaan dibunuh dalam tempoh hanya setengah jam.hmetro.com.


Jom saksikan video berikut ini:









0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs