Monday 17 July 2017

Filled Under:

Popular Kerana Pakai Kostum Monyet


 Jepun – Video seekor kucing memakai kostum monyet menjadi viral di internet dan mendapat 6.7 juta tontonan dalam masa dua hari selepas dimuat naik baru-baru ini.

Video dengan tajuk Cat + Monkey 2016 yang dimuat naik di laman perkongsian video, YouTube pada sambutan malam tahun baru dan turut dikongsi di laman sosial Facebook keesokannya turut menerima kira-kira 100,000 Like.

Kucing berkenaan dipakai dengan kostum seekor monyet dengan hanya memperlihatkan mukanya dan diberikan sebiji pisang sebelum muncul di atas sebuah meja yang dipenuhi dengan buah-buahan.





Rakaman video dengan durasi 14 saat itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna internet. Sebahagian besar daripada 50,000 komen menyatakan bahawa apa yang dilakukan itu sebagai kejam dan merupakan penganiayaan terhadap binatang.

“Mari pakaikan kamu kostum monyet, baling pisang ke arah kamu dan rakamkan...,” komen seorang pengguna internet, Cheryl Anderson Carter.

Video terbabit dimuat naik oleh seorang pengguna YouTube dari Jepun yang mendakwa tinggal bersama 10 ekor kucing dan sering memuat naik klip video ragam kucing yang kelakar. – Agensi.




Jom saksikan video berikut ini;






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers