salam
semua pembaca blog zamrispon kali ini zamrispoon nak kongsi
gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan
setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita
Gambar-gambar
ini dikutip di internet, untuk paparan di blog zamrispoon ini untuk
kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat
berhibur.
salam
semua pembaca blog zamrispon kali ini zamrispoon nak kongsi
gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan
setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita
Gambar-gambar
ini dikutip di internet, untuk paparan di blog zamrispoon ini untuk
kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat
berhibur.
Valerii Danevych adalah seorang tukang kayu dari Ukraine. Hidupnya pun diabadikan dengan membuat jam tangan yang keseluruhannya dari kayu, bahkan sampai ke mesin penggerak jarum penunjuk waktu.
Valerii sudah tertarik dengan hal-hal seni sejak duduk di bangku sekolah. Ia dibesarkan di persekitaran yang tepat sehingga kemampuannya mencipta kerajinan seni semakin bertambah baik.
Sampai pada tahun 2005, tanpa ada latihan membuat jam tangan, Valerii memulakan pekerjaan untuk mencipta jam tangan kayu berfungsi. Ia menentukan jenis kayu yang sesuai dan bahagian-bahagian terkecil yang diperlukan. Jam tangan kayu pertamanya pun berjaya diselesaikan pada tahun 2008 lalu.
Sebagaimana disiarkan dari OddityCentral, Valerii terinspirasi oleh keluarga Bronnikov yang sudah membuat arloji saku unik dan berbahan tidak biasa.
Valerii selama ini bekerja di bawah mikroskop untuk mendapatkan detail jam tangan dengan sempurna. Karya terbaru Valerii adalah jam tangan lelaki yang boleh bertahan menunjukkan masa sampai tujuh bulan. Harganya? Cukup mahal, yaitu 100 ribu euro
Atas prestasinya yang luar biasa dalam bidang pembuatan jam tangan, Valerii Danevych telah dicalonkan sebagai Horological Academy of Independent Creators.sumber

Langkah bantu atasi masalah kurang bekalan
Kuala Lumpur:
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menyarankan pengguna di
Lembah Klang menjimatkan penggunaan air dalam menghadapi kekurangan
bekalan air yang semakin kritikal kebelakangan ini.
Ketua Pegawai Operasi SYABAS, Datuk Lee Miang Koi, berkata
langkah itu dapat membantu mengurangkan masalah gangguan bekalan air
tidak berjadual berikutan peningkatan permintaan di Selangor, Kuala
Lumpur dan Putrajaya, melebihi kapasiti bekalan air terawat yang boleh
diagih.
Kita bukan hendak timbulkan panik tapi kerana
keadaan bertambah runcing dengan cuaca panas sekarang, kita terpaksa
menyampaikan maklumat ini supaya pengguna faham situasi dan dapat
memainkan peranan untuk sama-sama membantu." Datuk Lee Miang Koi, Ketua
Pegawai Operasi SYABAS
Mainkan peranan
“Kita bukan hendak timbulkan
panik tapi kerana keadaan bertambah runcing dengan cuaca panas sekarang,
kita terpaksa menyampaikan maklumat ini supaya pengguna faham situasi
dan dapat memainkan peranan untuk sama-sama membantu.
“Mei
tahun ini, secara purata, jumlah permintaan semasa bekalan air terawat
adalah pada tahap 4,638 juta liter sehari (JLH) berbanding jumlah
kapasiti pengeluaran oleh semua loji rawatan air yang boleh diagih iaitu
4,661 JLH.
ANGGOTA polis sedang
melakukan pemeriksaan di tempat kejadian penjenayah yang mati ditembak
di Damansara Utama, awal pagi semalam. - Foto ihsan China Press
Koperal lepas tembakan halang penjenayah cuba serang
Petaling
Jaya: Seorang lelaki yang tersilap menyamun seorang anggota polis,
menerima padah apabila dia ditembak mati dalam satu kejadian di sebuah
bank di SS21/35, Damansara Utama, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, anggota polis
berpakaian preman dan berpangkat koperal berusia 33 tahun itu dikatakan
didatangi penjenayah terbabit ketika sedang memasukkan sejumlah wang
dalam mesin deposit wang tunai (CDM).
Ketika tangkapan cuba dilakukan, suspek menyerang
mangsa dengan pisau menyebabkan anggota polis berkenaan terpaksa
melepaskan beberapa tembakan bagi mempertahankan dirinya” Arjunaidi
Mohamed, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya
Suspek yang berusia 43 tahun itu dikatakan mengugut anggota
polis berkenaan dengan sebilah pisau memotong daging lalu meminta mangsa
menyerahkan wang dan kunci kereta selain diarahkan berbaring di lantai.
Serah wang, kunci kereta
Kerana bimbang dicederakan, mangsa yang bertugas di Balai Polis
Kampung Baru Subang, dekat sini menyerahkan wang tunai dan kunci kereta
PERODUA Myvi miliknya kepada suspek.
Ketua Polis Daerah
Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata suspek
kemudian keluar untuk melarikan kereta sambil dikejar mangsa dan
memperkenalkan dirinya seorang anggota polis dan meminta lelaki terbabit
menyerah diri.
Katanya, ketika tangkapan cuba dilakukan, suspek menyerang
mangsa dengan pisau menyebabkan anggota polis berkenaan terpaksa
melepaskan beberapa tembakan bagi mempertahankan dirinya.