Wednesday 31 October 2012

Fakta Ilmiah Tentang Babi Yang Sebaiknya anda Ketahui



Siapa yang tak mengenal binatang bermancung panjang dan mempunyai lubang hidung yang khas ini? Babiadalah binatang yang jorok dan kotor. Suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri mahupun manusia. Sangat suka berada pada tempat yang kotor dan tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering.

Dari ebook yang ditulis oleh Yoga Permana Wijaya , ada beberapa fakta ilmiah mengenai babi yang penting untuk kita ketahui.

  1. Adakah anda tahu kalau babi tidak dapat disembelih? Kerana mereka tidak memiliki leher. Sesuai dengan anatomi semula jadi.
  2. Pengguna daging babi sering mengeluhkan bau pesing pada daging babi. Menurut kajian ilmiah, hal tersebut disebabkan kerana praeputium babi sering bocor, sehingga urine babi merembes ke daging.
  3. Babi adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak tertandingi haiwan lain. Ia melahap semua makanan yang ada di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya. Ia memakan semua yang boleh dimakan di hadapannya walaupun itu adalah kotorannya sendiri.
  4. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah haiwan mamalia satu-satunya yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama jika dibiarkan.
  5. Penyakit-penyakit cacing pita merupakan penyakit yang sangat berbahaya yang boleh terjadi kerana memakan daging babi. Cacing berkembang di bahagian usus 12 jari di tubuh manusia, dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa. Semak tentang Parasit jenis - jenis parasit yang terkandung dalam babi atau daging babi disini Juga video pembuktian bahawa pada daging babi yang telah dipotong dan dibersihkan masih mengandung parasit - parasit disini
  6. Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar "1000 ekor dengan panjang antara 4 - 10 meter", dan terus hidup di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).
  7. Daging babi merupakan penyebab utama kanser anus & kolon. Peratusan penghidap penyakit ini di negara negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusan amat rendah, sekitar 1/1000.

No comments:

Post a Comment