Menjadikan pengambilan ubat makan dan ubat sapu tidak diperlukan lagi. Dari segi saintifik pula bagaimana?
"Sekiranya luka berlaku pada puting, segera dapatkan rawatan. Luka lebih mudah sembuh berbanding apabila ia semakin besar atau serius.
Rawatan awal juga membolehkan bayi menikmati penyusuan lebih baik, sepanjang tempoh penyusuan badan selama enam bulan dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga ke umur dua tahun. Puting sakit, payudara bengkak, mastitis dan susu ibu tidak mencukupi antara masalah kerap dialami oleh ibu yang menyusukan bayi," katanya.
Antara mitos mengenai penyusuan susu ibu ialah ia menyakitkan hingga menyebabkan segelintir ibu enggan menyusukan bayi mereka.
Dr Pong berkata, ketegangan pada puting mengakibatkan ia sensitif. Bagaimanapun, sensasi itu biasanya reda dalam tempoh beberapa hari saja apabila ibu kerap menyusukan bayi dan melakukannya pada posisi betul.
No comments:
Post a Comment