TAMPIN: Seorang suspek penagih dadah tergamak mengugut untuk membunuh seorang anggota polis dan keluarganya yang bertugas di Pondok Polis di Felda Gugusan Jelai, Gemas, dekat sini, disebabkan tidak berpuas hati tindakan polis kerap membuat operasi pencegahan jenayah dan Ops Tapis di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, susulan aduan diterima, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, melakukan siasatan dan menahan lelaki berusia 30 tahun itu sehari selepas kejadian 20 Oktober lalu. Katanya, suspek datang ke pondok polis jam 6 petang dan meluahkan ketidakpuasan hatinya atas tindakan polis kerap melakukan operasi jenayah dan ujian air kencing bagi mengesan sama ada penduduk di situ terbabit penyalahgunaan dadah atau tidak. “Lelaki itu meminta anggota polis yang bertugas di pondok itu menghentikan operasi di kawasan Felda dan mengugut untuk membunuhnya dan keluarga.
“Isteri anggota polis berkenaan yang ketakutan membuat laporan mengenai ugutan suspek di Balai Polis Gemencheh, beberapa jam selepas itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment