Peristiwa Lubuk Merbau 1985( rugi x baca)
Peristiwa Lubuk Merbau 1985 berlaku apabila seorang jentera pilihan raya PAS bertembung dengan
penyokong UMNO di Felda Lubuk Merbau,Padang Terap,Kubang Pasu,negeri Kedah. Ketika itu kedua-dua belah parti sedang sibuk berkempen dalam Pilihan raya kecil Padang Terap 1985.
Lebih kurang 2 km dari tempat ceramah Ustaz Fadhil itu adalah ceramah UMNO dan penceramahnya ada Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di Balai Raya Felda Lubok Merbau. Dua petugas bergelimpangan di dalam longkang. Salah seorang daripadanya telah dibawa ke hospital dan telah meninggal dunia. Beliau adalah Othman Talib. Rupa-rupanya beliau telah dipukul atau dihentak diatas kepalanya, walaupun tidak berdarah tetapi hentakan itu adalah sangat parah. Suhaimi Said dan Syed Ibrahim, iaitu AJK PAS Pusat yang juga seorangpeguam, telah pergi ke Balai Polis Lubuk Merbau untuk membuat laporan polis. Antara mereka yang hadir ialah Man Kadir (Pak Jabit) dan Pak Harun. Buku bertajuk 'Peristiwa Berdarah Felda Lubuk Merbau' dan 'Peristiwa bergambar Felda Lubuk Merbau' telah diharamkan. Penulis dua buku ini Suhaimi Said telah ditahan di bawah ISA.[1]
Antara mangsa dalam tragedi Felda Lubuk Merbau pada 18 Januari 1985 ialah :
- Ibrahim bin Tahir - ditetak dengan senjata tajam
- Nasir bin Muhammad- dipukul dengan besi di kepala
- Shamsuddin bin Sulaiman - ditetak dua liang di kepala dan ditikam di muka dan dahi.
- Ayub Mat Shah - dihentak dengan bata dan ditikam dengan botol pecah dan dipukul dengan kayu.
- Ahmad bin Tahir - dipukul dengan kayu,dibaling dengan batu-bata di muka.
- Osman bin Talib - retak di kepala dan terbunuh.
Sehingga kini, kes tersebut tidak dapat diselesaikan.[2]
Ahli parlimen Jerai, Ismail Arshad menjelaskan bahawa pada tahun 1985 hanya terdapat 3000 pengundi di Lubuk Merbau dan hanya 4 keluarga sahaja yang menyokong parti PAS. Orang ramai datang adalah orang yang dimport masuk ke sana . Kira-kira 300 Pemuda Jihad yang diarahkan bahawa darah mereka jika tumpah adalah mati syahid. Ustaz Othman Talib yang meninggal dunia itu sebenarnya tinggal di Bukit Raya dalam daerah Kota Setar. Tragedi berlaku di kawasan Lubuk Merbau dalam kawasan Padang Terap. Orang luar yang datang ke situ mesti ada tujuan dan matlamat. Oleh itu saranan Yang di Pertuan Agong agar kita sederhana, tidak keterlaluan dan tidak melampau adalah seruan yang amat baik.
Kekusutan itu berlaku apabila ceramah oleh UMNO telah diganggu oleh ceramah puak-puak PAS. Pada hari itu polis PDRM telah merampas 30 bilah parang yang di bawa ke Felda Lubuk Merbau yang dibawa oleh pengikut / penyokong PAS. Tidak semua pengikut PAS baik macam wakil rakyat Pengkalan Chepa. Pemimpin muda PAS kini menerima arahan dan pernah menghantar wakil untuk menerima latihan di Iran. Kononnya darah orang UMNO halal dan matinya di tempat pilihan raya itu dianggap mati syahid.[3]
Pada 5 November 2008, Pondok Polis Lubuk Merbau hanya mempunyai 3 anggota sahaja sedangkan penduduknya bertambah kepada 10,000 orang. Ahli parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria berharap Kementerian Dalam Negeri mempercepatkan usaha menaik tarap pondok polis tersebut
Pada 11 April 1985, perbahasan tentang kewajaran tragedi pembunuhan di Felda Lubuk Merbau. Ahli parlimen Bagan Serai, Abdul Rahman Suliman mempersoalkan kewajaran parti PASmelabelkan penyokong PAS yang mati itu sebagai mati syahid . Sesiapa yang berjuang dalam parti jika mati akan mati syahid seperti "Peristiwa di Lubuk Merbau"; Jika mati melalui partinya kuburnya akan cerah; Jika sembahyang dengan meletak lambang partinya di bawah sejadah akan lebih mendapat banyak pahala; Jika sedar apakah tindakan-tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menghalang perkara-perkara seperti ini dari terus berlaku.[5] Abdul Rahman Suliman juga kesal dengan penyebaran risalah 'Peristiwa Berdarah di Lubuk Merbau' di dalam dan luar negara bagi menghasut rakyat.[6]
Pada di parlimen, ahli parlimen Mamat Ghazalee Abdul Rahman minta penjelasan tentang "Peristiwa FELDA Lubok Merbau" semasa Pilihan raya Kecil Padang Terap baru-baru ini, mengapa peristiwa tersebut berlaku, berapa ramai orang yang terlibat, dan berapa mangsa-mangsanya. Tidakkah peristiwa tersebut menjadi amaran terhadap kemungkinan ancaman daripada anasir-anasir tidak diingini kepada proses pilihanraya umum akan datang. Apa tindakan-tindakan untuk menjamin proses pilihanraya umum di negara ini berjalan licin, aman tenteram tanpa huru-hara.
Datuk Nik Aziz Nik Mat pula minta Menteri Dalam Negeri menjelaskan sebab-sebab yang menghalang pihak polis tidak bertindak mencegah peristiwa serangan liar oleh segolongan samseng di Lubuk Merbau Padang Terap, Kedah pada 18 Januari 1985 terhadap petugas-petugas Pilihanraya PAS sehingga berlakunya beberapa orang luka parah dan seorang darinya mati akibat kejadian itu,oleh kerana sehari sebelumnya laporan (report) telah dibuat kepada petugas di Balai Polls Naka iaitu sebagaimana Naka PC. Report No. 98 j 85 dengan disertakan satu salinan surat ugutan bertulis oleh orang-orang yang bercadang untuk melakukan tindakan itu telah ada dalam pengetahuan pihak polls sama ada pihak polis telah diarah sesuatu menyebabkan pihak polis tidak berani untuk mencegah kejadian itu daripada berlaku.[7]
Pada 1985, Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa kecewa kerana pihak polis lambat bertindak sehingga Ustaz Othman Talib terbunuh dan Pak Ayub cedera di Felda Lubuk Merbau. Orang ramai semakin gelisah terhadap kecekapan sistem keadilan di negara ini. Menteri Datuk Radzi Sheikh Ahmad menjelaskan bahawa penyiasatan 'Inquest' telah dijalankan pada 30 Mac 1986.
Pemimpin DAP , Lim Kit Siang mempersoalkan tindakan kerajaan yang menahan 9 orang mahasiswa yang menonton video mangsa tragedi Lubuk Merbau pada Januari 1985. Mahasiswa tersebut dikenakan tindakan di bawah
sumber;http://najmimirza.blogspot.com
sumber;http://najmimirza.blogspot.com
No comments:
Post a Comment