Monday, 5 November 2012

wow!!!!Buah Kuning Telur @ kanistel


Buah Kuning Telur @ kanistel


buah-kuning-telur
Artikel kali mengenai sejenis lagi buah nadir yang jarang diketahui umum tetapi pokoknya masih lagi ada dijumpai di Malaysia. Di Semenanjung, buah ini lebih dikenali dengan nama buah kuning telur dan sesetengah tempat mengenalinya dengan nama buah konikoma manakala di Sabah ianya lebih dikenali dengan nama buah Canistel. Semasa lawatan di Kota kinabalu dahulu, buah ini memang banyak dijual di sana dan di ketahui juga  terdapat ladang Canistelyang ditanam secara komersil di Sabah.
Di Semenanjung, saya rasa buah ini hanya segelintir sahaja yang mengenalinya. Namun, saya sendiri pernah menjumpai pokok ini di 2 lokasi berbeza iaitu di kawasan daerah Teluk Intan dan di Semenyih. Itu pun kebetulan semasa terjumpa pokok tersebut, ia sedang berbuah. Jika hanya melihat daunnya, sudah tentu menyangkakan ia adalah pokok rambutan. Mengikut rujukan, pokok kuning telur tidak bermusim dan boleh didapati sepanjang tahun. Pokok yang dibiak melalui biji benih dikatakan berbuah dalam masa3-5 tahun sahaja.
buah-kuning-telur2
Baru-baru ini saya ada mendapat buah ini dari pusat Arboretum Serdang, Jabatan Pertanian. Bukan apa, saja nak cuba ujirasa buahini. Memang benar isi dalamnya seakan warna kuning telur yang telah masak. Bijinya pula seakan biji ciku tetapi jauh lebih besar. Mungkin sebab itu, ianya adalah satu keluarga dengan buah ciku dan abiu.
buah-kuning-telur3
Setelah dibelah dan dibuang kulit dan biji, saya pun membuat proses ujikaji yang seterusnya… Mengikut cerita dongeng orang Sabah, buahnya jika dimakan begitu sahaja memang tidak sedap, tetapi jika di buat jus yang dicampur susu ia lebih enak untuk dinikmati.Saya pun mengisarnya sehingga lumat.. Hasilnya anda boleh lihat di bawah tetapi sayang anda tidak boleh bau aromanya yang semerbak  Onedrop perfume.
buah-kuning-telur4
Setelah dicampur dan diadun dengan ramuan khas susu cap teko, maka terhasilah secawan jus buah kuning telur yang lemak berkrimdisukai ramai. Sekali pandang memang  menarik dan tertarik. Bila dah rasa sekali, memang rasa semacam dan rasa dua macam. Rasa lemaknya memang lain macam dan diikuti pula rasa manisnya yang mengancam membuat tekak tak boleh telan.. Tetapi, bila dahdicairkan lagi dan dicampur dengan ais, rasanya bolehlah tahan.
buah-kuning-telur5
Dalam sibuk-sibuk aku nak cuba resepi terbaru, anak ku sibuk pula nak rasa. Apa lagi.. aku memang suka orang test hasil ujikaji ku ni. Nak suruh orang rumah ku rasa, memang dia kata tak selera.. Hu.. hu..
buah-kuning-telur6
Dah nak sangat cuba rasa.. Aku pun bagilah..  Dia punya sedap sampai ternganga mulut.. Nasib baik anak ku tak beberapa pandai cakap lagi.. He..he..
buah-kuning-telur7
Jika anda ingin kongsikan sesuatu mengenai buah ini, saya amat alu-alukan. Mungkin ada cerita atau resepi lain buah ini yang orang lain tidak tahu.

2 comments:

  1. nice info!! comel la budak tu..hihi

    ReplyDelete
  2. haha.. comel-comel.. tp comel lg aku hahaha.. (gurau jer)

    ReplyDelete