Saturday, 20 April 2013
Manusia tertua dunia raikan ulang tahun kelahiran ke-116
KYOTO - Manusia paling tua di dunia, Jiroemon Kimura meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-116 pada hari ini telah mendapat ucapan tahniah dari seluruh dunia termasuk perdana menteri Jepun.
Kimura telah dinobatkan sebagai manusia paling tua di dunia oleh Guinness World Records pada Disember selepas kematian Dina Manfredini yang berusia 115 tahun di Iowa, Amerika Syarikat.
"Saya berbesar hati mengucapkan selamat hari lahir yang ke-116 kepada Kimura.
"Saya kini berumur 58 tahun, separuh dari umur anda dan masih muda. Terima kasih kerana atas usaha generasi anda, Jepun berpeluang menikmati dan mencapai kejayaan seperti hari ini," kata Perdana Menteri Jepun, Shenzo Abe di dalam satu pesanan video.
"Kesihatan anda telah menjadi keyakinan dan kebanggaan bagi kami," Abe menambah.
Bancian yang dilakukan pada tahun 2011, lebih 50,000 rakyat Jepun berumur 100 tahun dan ke atas dan wanita paling tua di dunia juga berada di negara matahari terbit itu, Misao Okawa, 115 tahun. – Reuters
No comments:
Post a Comment