Harimau berjalur keemasan "golden tabby tiger" merupakan salah satu
spesies haiwan yang sangat jarang kita temui atau jumpa. Harimau ini
mempunyai bulu emas yang bercahaya, kaki pucat dan bergaris oren.
Bulunya cenderung lebih tebal dari kebanyakan harimau biasanya. Selain
itu, harimau ini cenderung bertubuh lebih besar daripada harimau
lainnya, bahkan harimau putih.
Harimau emas terbentuk kerana adanya variasi warna yang sangat jarang
berlaku disebabkan oleh gen resesif. Hanya ada sekitar 30 harimau emas
di seluruh dunia. Harimau emas pertama ditemui pada tahun 1983 di India
dan ini berasal dari standard mutasi gen harimau bengal berwarna.
No comments:
Post a Comment