Tuesday 9 April 2013

Pelik ! Sebuah Muzium di Russia Mempunyai Sekuriti Terdiri Dari Kucing







Jika anda melihat penjaga muzium lalu membayangkannya sebagai orang berperawatakan tegap dengan pakaian ala sekuriti, maka anda akan kagum seketika mengetahui bahawa penjaga muzium di Muzium The Hermitage adalah kucing. Ya, haiwan mamalia berkaki empat yang umumnya dijadikan haiwan kesayangan ini menjalankan tugas menjaga muzium yang berada di kota St. Petersburg, Persekutuan Rusia. Namun tugasnya bukanlah menjaga muzium dari para pencuri ataupun menutup dan membuka pintu bagi para pengunjung. Para kucing ini bertugas untuk menjaga lorong-lorong muzium dari serangan haiwan perosak yang kerap merosakkan barang-barang di muzium. CA5 Sebuah Muzium di Rusia Ada Pasukan Penjaga Yang Terdiri Dari Kucing 

museum The Hermitage, Saint Peterseburg, Rusia

Team keselamatan muzium yang mempunyai ekor dan cakar ini bukanlah kucing khusus yang terlatih untuk mengejar tikus, namun kucing-kucing liar yang memang mempunyai naluri memburu sangat tajam. Kucing-kucing ini pun terdata di bahagian perjawatan, kerana mereka semua mempunyai nama bergantung dengan sikapnya. Mereka semua walaupun mempunyai hari cuti, yakni tanggal 28 hari. Yakni hari dimana mereka mendapatkan perlakuan khusus. Jumlahnya pun tak banyak, di muzium yang sangat besar tersebut, jumlah yang disebar tak sampai 50. "Jika lebih dari jumlah tersebut, nanti kami yang akan kesukaran memberinya makan, dan dikhuatiri kucing-kucing itu membuat kecoh," ujar pihak muzium seperti yang dilaporkan The Voice Of Rusia.


  Kerananya dari masa ke masa, muzium ini akan memberikan kucingnya ke para pengunjung yang berminat memilikinya untuk mengurangkan jumlah kucing dan menjaga umur kucing yang menjaga muzium tersebut.sumber

No comments:

Post a Comment