PIHAK berkuasa Itali mengharamkan rokok elektronik di semua sekolah di negara itu. kanak-kanak dan disekolah |
ROME - Itali kelmarin telah mengharamkan semua penjualan rokok elektronik yang didapati mempunyai kandungan nikotin berbahaya kepada kanak-kanak dan melarang penggunaannya di sekolah.
Langkah itu dilaksanakan ketika sebuah pertubuhan pengguna mendakwa langkah yang diambil oleh pihak berkuasa tidak cukup tegas.
"Menteri Kesihatan Itali, Beatrice Lorenzin mengharamkan penjualan rokok elektronik yang mengandungi nikotin kepada kanak-kanak bawah umur 18 tahun," jelas kementerian terbabit dalam satu kenyataan.
"Kami tidak mahu mendakwa bahawa rokok elektronik lebih berbahaya daripada rokok biasa. Namun ia tidak sepatutnya digunakan kerana ia membahayakan kesihatan," kata Lorenzin kepada saluran televisyen Rai.
"Orang ramai perlu diberitahu tentang apa kandungan rokok tersebut. Air dan aroma (kapsul) adalah satu perkara. Namun kandungan nikotin akan menyebabkan ketagihan," tambahnya.
Pertubuhan Pengguna Itali Codacons mengkritik undang-undang baharu itu sebagai benar-benar tidak mencukupi.
"Rokok elektronik sepatutnya diharamkan di tempat umum seperti rokok biasa. Tidak jelas kenapa kementerian tahu ia berbahaya dan mengharamkannya di sekolah sahaja tetapi tidak diharamkan di tempat-tempat awam," kata Presiden Codacons, Carlo Rienzi. sumber- AFP
No comments:
Post a Comment