Saturday, 15 June 2013

Unik ! Festival Pertandingan Menara Manusia di Tarragona Sepanyol



Anda mungkin telah melihat foto-foto dari Concurs de Castells, pertandingan menara manusia yang diadakan di wilayah Catalonia, Sepanyol.

Seorang jurugambar bernama David Oliete berjaya mendapatkan perspektif foto yang cukup unik pada tahun 2012, iaitu mengambil gambar keseluruhan acara dari arah atas atau kedudukan atas udara.

Kerumunan manusia yang berusaha untuk membuat tower terdiri dari ratusan lelaki, wanita, dan bahkan kanak-kanak, saling mendorong maju dalam suasana yang sesak untuk membina menara manusia terbaik mereka.

Foto-foto yang dihasilkan menggambarkan bentuk biologi yang mengingatkan kita kepada serangga atau bahkan sel-sel haiwan yang mulai terbentuk.


 
Pertandingan menara manusia yang paling penting ini disebut dengan "Concurs de Castells" dan pertandingan ini bertempat di kotaTarragona sekali dalam dua tahun.

Penyelenggaraan pertandingan edisi yang ke XXIV berlangsung pada tarikh 6 dan 7 October 2012 dengan penyertaan 32 pasukan dari seluruh wilayah Catalonia dan penonton langsung sebanyak 20,000 orang.

Dalam pertandingan ini semakin tinggi dan sukar menara yang dibina maka semakin banyak mata pasukan yang di dapat. Setiap tower manusia biasanya tingginya sekitar 6 hingga sepuluh peringkat.

Satu pasukan terdiri daripada 100 hingga 500 lelaki dan wanita. Peserta yang muda dan mempunyai berat yang ringan akan membentuk puncak tower, sementara peserta yang berat akan membentuk dasar tower.





"Concurs de Castells" telah menjadi salah satu tradisi budaya yang paling penting di Catalonia selama lebih dari 200 tahun. Kekuatan, keseimbangan, keberanian dan fikiran yang sihat adalah motto dari pertandingan ini.

Pada tahun 2010 "Concurs de Castells" dinyatakan oleh UNESCO sebagai "Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity".sumber







No comments:

Post a Comment