PERCAYAKAH anda, jam paling nipis di dunia hanya berukuran 0.8 milimeter (mm)?
Menurut laporan MailOnline, Jam CST-01, rekaan pencinta aksesori masa, Dave Vondle, di bawah firma Central Standard Timing di Chicago, menggunakan sekeping keluli tahan karat.
Lebih menarik, jam yang lebih nipis berbanding kad kredit itu dilengkapi komponen fleksibel elektronik 0.5mm dan menggunakan kuasa bateri yang mampu dicas selama 10 minit serta memiliki jangka hayat selama 15 tahun.
Ia dikeluarkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih pada harga AS$109 (RM400).
Setia unit jam, dilengkapi kabel USB dan format 24 jam.sumber
Jam Model CST-10 paling nipis di dunia, dikeluarkan syarikat berpangkalan di Chicago dan lebih nipis berbanding kad kredit. |
No comments:
Post a Comment