1. ATHENA
Bandar
ini berpenduduk sekitar 700.000 manusia namun bila dikira dengan daerah
metropolitannya, jumlah penduduknya adalah kira-kira 3.5 juta orang. Athena juga menjadi pusat ekonomi, budaya, dan politik di Greece. Athena
juga sering disebut sebagai asal dari peradaban barat kerana pelbagai
pencapaian kebudayaannya pada abad ke-4 dan ke-5 dan membuatnya kaya
akan berbagai bangunan, monumen, dan karya seni kuno. Salah satu yang paling terkenal adalah Akropolis yang menjadi salah satu bukti seni Yunani klasik.
2. BRASILIA
BrasÃlia adalah sebuah bandar yang terancang, dan dibina dalam masa 41 bulan dari tahun 1956 hingga hari perasmiannya pada 21 April 1960. Bandar tersebut ditakbirkan oleh Presiden Juscelino Kubitschek. Perancang
bandar utamanya adalah Lucio Costa, arkitek utama dari kebanyakan
bangunan awam adalah Oscar Niemeyer, dan seni bina landskap adalah
Roberto Burle Marx. Bandar ini dirancang berdasarkan idea Le Corbusier.
3. FLORENCE
Florence adalah ibu kota wilayah di Itali Tengah. Dibelah oleh Sungai Arno, di kaki bukit Apennine, bandar ini berjumlah 400,000 manusia . Merupakan
tempat kelahiran Renaissance, sejak abad ke-14 sampai 16, Florence
dikenali sebagai pusat budaya, ekonomi dan kewangan penting di Itali dan
Eropah .
Florence dianggap sebagai bandar mercu kebangkitan seni budaya Itali. Karya sastera yang lahir dari sasterawan besar berasal dari Florence. Sebahagianorang-orang kenamaan yang berperanan dalam perkembangan Renaissance seperti, Botticelli, Verrocchio, Leonardo da Vinci. Tokoh-tokoh
asal Florence lain yang berpengaruh dalam pelbagai bidang antara lain
Brunelleschi (arkitek), Donatello (pembuat patung), dan Mosaccio (pelukis). Galileo juga berasal dari Florence.
4. PARIS
Paris "Modern" adalah hasil dari perancangan ulangtahun pertengahan abad ke-19. Berabad-abad bandar ini telah membanggun sehingga jalan mulai sempit, tapi berawal tahun 1852, urbanisasi luas Baron Haussmann meratakan seluruh daerah untuk membuat jalan lebar yang dilengkapi dengan bangunan batu neo-klasik bourgeoise. Sementara bandar Paris masih mengenakan undang-undang "pelurusan" yang telah diubah (facade bangunan diganti menurut lebar jalan) pada beberapa pembangunan baru. Tinggi bangunan juga ditetapkan menurut lebar jalan yang dilalui, dan kod bangunan Paris telah mengalami pelbagai perubahan sejak pertengahan abad ke-19 untuk pembinaan tinggi.
5. BARCELONA
Sebuah
bandar di Sepanyol, Berdiri pada 230 SM, kota ini berperanan sebagai
galeri hidup dari seni bina dan hiasan bergaya modernis dan Art Nouveau
(Seni Baru). Kuil-kuil
dan bangunan karya arkitek Antoni Gauda, gereja abad pertengahan,
sisa tembok Romawi dan plaza serta tempat orang berjalan-jalan-semuanya
terkesan istimewa. Luas wilayahnya adalah 100,4 km ².
wahh canteknya bandar2 tu semuaa
ReplyDelete