Wednesday, 3 July 2013

7 Haiwan Pembawa Tuah dan Unik di Dunia


1. IKAN AROWANA


 


Ikan asli Malaysia ini masih dipilih masyarakat sebagai haiwan kesayangan, kerana selain membawa tuah juga menunjukan tahap sosial seseorang. Katanya nilai ikan yang satu ini mencapai puluhan juta kerana mempunyai kadar kejayaan yang tinggi.



2. IKAN KOI


 


Ikan ini adalah jenis ikan karper Cyprinus carpio yang dipelihara untuk menghias rumah, berasal dari China dan banyak tersebar di Jepun. Mereka bersaudara dekat dengan ikan mas, dan kerana itu banyak orang menyebutnya ikan mas koi yang sebenarnya adalah misnomer. Koi dianggap membawa tuah.sumber


3. KUCING


 


Yang dimaksudkan kucing di sini mungkin lebih dikhususkan pada sebuah benda / patung berbentuk kucing yang di Jepun disebut "Maneki Neko". Wujud patung ini rasanya sudah tak asing lagi di kedai, restoran dan sebagainya. Tubuh seekor kucing yang duduk tegak dengan satu kaki depannya terangkat tab mengajak orang mendekat.


Hampir semua Maneki Neko mengenakan kalung berwarna merah dengan loceng kecil menggantung di bahagian depannya. Sebenarnya aksesori ini cukup umum dikenakan pada kucing-kucing peliharaan keluarga bangsawan di zaman Edo. Selain itu, kalung merah dengan loceng kecil ini juga sering menghiasi Jizo, patung-patung batu yang umumnya ditempatkan di sekitar kuil dan pengebumian, dan merupakan pelindung anak-anak sakit.




4. KATAK



 

Mungkin tak semua orang suka pada kodok. Bahkan sebahagian orang jijik berdekatan dengan makhluk amfibia ini. Namun pemikiran ini berbeza jika kita bicara soal tradisi masyarakat Jepun. Bagi orang Jepun, justeru kodok mempunyai erti yang khusus, atau bahkan istimewa.


5. NAGA



 

Naga merupakan haiwan yang  di reka reka atau belum dapat diuji keberadaanya. Namun masyarakat tionghoa mempercayai bahawa haiwan yang satu ini membawa berkat dan keberuntungan. Ornamen khas tionghoa banyak yang mengandungi unsur naga.


6. TOKEK


 r

Haiwan ini kebanyakan aktif di saat senja dan malam hari, meski suara panggilannya kadang-kadang terdengar di siang hari


. Tokek tinggal di lubang pokok-pokok di hutan atau di rekahan batuan atau gua, namun sebahagian jenisnya juga menyesuaikan diri dengan persekitaran manusia dan bersifat komensal.

 Tokek memburu aneka serangga dan invertebrata lain sebagai makanannya, walaupun juga tidak segan memangsa vertebrata lain yang lebih kecil saiznya. Tokek betina biasanya mengeluarkan sepasang telur yang disimpan berlekatan di sudut lubang atau dinding. Tempat menyimpan telur ini biasa digunakan berulang kali oleh tokek yang sama.


7.FLOWER HON


 


Ikan yang mempunyai ornamen tulisan Han di perutnya ini merupakan haiwan yang mempunyai nilai jual tinggi kerana dianggap membawa tuah.SUMBER



No comments:

Post a Comment