Pauline Chai |
Pauline Chai, 66, yang tinggal di sebuah rumah di atas tapak seluas 1,000 ekar di Hertfordshire menuntut separuh daripada kekayaan bekas suaminya, Khoo Kay Peng.
Khoo adalah seorang daripada ahli perniagaan terkaya di Malaysia.
Khoo Kay Peng |
Dia juga memiliki 40 peratus pegangan dalam syarikat Laura Ashley yang kini mencatat jualan £286 juta (RM1.4 bilion) setahun.
Selain itu, Khoo adalah Pengarah Corus Hotels Limited yang memiliki 10 hotel termasuk Hotel Corus Hyde Park.
Pasangan itu berkahwin pada 1970 dan mempunyai lima anak.
Mereka membeli sebuah rumah dan tanah di Hertfordshire pada 1998 yang dikatakan dilengkapi sebuah taman haiwan serta dua tasik buatan bernilai £60,000 (RM286,600) setiap satu.
Pauline memfailkan petisyen perceraian itu di London pada Februari lalu atas alasan “perlakuan tidak munasabah.” Perceraian paling mahal di dunia sebelum ini berlaku pada 2008 apabila Beverley Charman diberikan £48 juta (RM229.3 juta) setelah rumah tangganya bersama John Charman - seorang ahli perniagaan insurans - berakhir.sumber:harian metro
No comments:
Post a Comment