Tuesday 30 July 2013

Keindahan Taman Bunga Ashikaga di Jepun



Bunga dan taman merupakan ciri khas Jepun dan wisteria adalah salah satunya. Wisteria (dikenali dengan nama Fuji di Jepun) adalah salah satu pohon tertua di negara matahari terbit. Pokok ini mempunyai bunga yang sangat indah dan bahkan sering menjadi inspirasi bagi karya sastera seperti pada puisi Man'yoshu (Koleksi sepuluh ribu daun).

Salah satu tempat terbaik untuk menikmati keindahan bunga wisteria adalah taman bunga Ashikaga, yang terletak di prefecture Tochigi. Taman bunga Ashikaga terkenal dengan koleksi bunga wisteria berwarna biru, putih dan merah muda serta bunga Laburnum (dalam bahasa Jepun Kingusari) yang kelihatan seperti bunga wisteria namun berwana kuning.

Tiga wisteria dengan bunga yang mengelilinginya sepanjang 1000 meter persegi merupakan objek kegemaran bagi para pelancong yang datang ke tempat ini. Salah satu wisteria ini berusia lebih dari 100 tahun dan cabang-cabang dari pohon ini mampu dibentuk hingga menyerupai payung raksasa.

Taman bunga Ashikaga bisanya ramai dikunjungi pada bulan Mei kerana taman ini akan dipenuhi bunga-bunga yang mekar. Taman Bunga Ashikaga adalah sebagai salah satu tempat terbaik untuk melihat bunga wisteria di Jepun.












No comments:

Post a Comment