Wednesday 31 July 2013

Keindahan Taman Marqueyssac di Perancis


Sebuah taman yang terletak diantara bukit Perigord, Perancis akan memberikan pemandangan yang luar biasa. Taman Marqueyssac adalah salah satu keindahan bandar kecil Vesaz, Dordogne, Perancis. Taman ini dibina pada tahun 1861 oleh Julien De Cerval, yang memberikan hidupnya selama 30 tahun untuk membina taman Marquessac. Tanaman jenis Boxwood dipilih sebagai tanaman utama kerana tanaman ini dapat tumbuh dengan lebat, mempunyai tekstur yang kuat dan mempunyai warna hijau bercahaya.

Berjalan di taman ini dapat menjumpai bentuk-bentuk tanaman yang eksentrik. Bentuk-bentuk tanaman di taman ini dibuat oleh De Cerval dengan maksud tertentu. De Cerval ingin para pengunjung yang datang ke taman ini larut malam dalam suasana romantis di mana mereka juga akan menikmati keunikan bentuk-bentuk tanaman di tempat ini.

Pada abad ke 20 pemilik selanjutnya dari taman ini tidak menjaga peninggalan De Cerval, sehingga taman mengalami kerosakan. Baru pada tahun 1996, pemilik baru taman Marquessac, Kleber Rossilon, membina semula taman ini sesuai dengan konsep asal dan menambah beberapa kemudahan baru dengan suasana romantis khas abad 19. Taman Marquessac dibuka untuk umum pada tahun 1996. Kementrian Kebudayaan Perancis telah memasukkan taman ini sebagai salah satu peninggalan bersejarah Perancis.










No comments:

Post a Comment