Sunday, 7 July 2013

Kreatif ! Botol Minuman Dijadikan Pasu Untuk Tanaman (Menarik)

Studio reka bentuk berasal Brazil, Rosenbaum berkolaborasi dengan sebuah program acara Televisyen Caldeirao do Huck membantu keluarga yang tidak mampu untuk mereka bentuk semula rumah mereka. Acara ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga-keluarga yang tidak mampu di Sao Paulo, Brazil.


Salah satu inovasi yang telah mereka hasilkan adalah, reka bentuk tanaman menegak dengan menggunakan
bekas botol minuman plastik . Hasil karya pertama mereka mendapatkan respon yang sangat positif kerana reka bentuk tumbuhan ini mudah untuk diterapkan bagi keluarga yang tidak mempunyai halaman rumah yang luas. Sebahagian besar tanaman adalah jenis tanaman herba.sumber

Bagi kamu yang mempunyai hobi berkebun tetapi tidak mempunyai tanah yang cukup luas, konsep ini boleh menjadi contoh yang baik. Semoga artikel ini dapat menjadi inspirasi.









No comments:

Post a Comment