MAYAT Zaki Ibrahim terbaring selepas dihempap dinding Dewan Besar Pusat Giat Mara yang mahu dirobohkan semalam. |
ARAU - Seorang pekerja binaan maut selepas dihempap dinding batu yang roboh secara tiba-tiba ketika melakukan kerja pengubahsuaian di Dewan Besar Pusat Giat Mara Arau, Jejawi di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, Zaki Ibrahim, 27, dari Jalan Stadium, Alor Setar dikatakan bersama dengan seorang lagi rakan sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian dalaman dewan tersebut sejak kelmarin.
Bagaimanapun rakan sekerjanya itu selamat daripada sebarang kecederaan.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kangar, Mohd. Subri Ahmad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mangsa dipercayai mengalami cedera parah di kepala akibat dihempap dinding batu yang runtuh itu," katanya kepada pemberita di sini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
No comments:
Post a Comment