Tuesday, 9 July 2013

Menakjubkan ! Keindahan Dalam Gua di Seliputi Ais..

Sekumpulan gambar-gambar menakjubkan yang akan penulis paparkan berikut adalah keindahan pemandangan dunia yang baru ditemui di sebuah sungai  di dalam pergunungan Rocky membeku .


Gua yang berada di bawah jurang ini disebut Ice Booming, nama ini diambil dari peristiwa jatuhnya bongkah batu besar ke dalam gua dengan kedalam 140 meter yang menghasilkan suara Boom! Pemandangan indah berawal dari ais jernih yang membeku dengan ketebalan beberapa meter, para peneroka yang mengambil foto-foto gua tersebut mengatakan perjalanan di atasnya membuat mereka merasa seperti terbang melayang.



Ketika para peneroka (iaitu Adam Walker, Nick Vieira dan Christian Stenner) berkomunikasi dalam gua maka mengalami kesulitan kerana suaranya menjadi bergema dan perlu menunggu beberapa saat untuk mendengar setiap suku kata diucapkan.



 
Gua ini dikenali sebagai gua perangkap sejuk, di mana udara musim sejuk mengendap ke kedalaman dan tidak pernah dapat keluar melarikan diri. Hal itu membuat suhu dalam gua menjadi sejuk sekali dan ais pun tidak akan cair.






Lebur salji dan air hujan yang menitis ke bawah pintu masuk gua itu berubah menjadi sebuah gelongsor air semulajadi yang menakjubkan. goa glasier 8 Pemandangan Es Abadi Di Gua Glasier Yang Menakjubkan Ini adalah gambar menakjubkan yang menggambarkan keindahan pemandangan dunia baru yang ditemui di sebuah jurang ais di bawah pergunungan Rocky.


 



"Bahaya dalam gua tersebut adalah bahawa sekali anda berada di sana, jika anda mempunyai masalah maka penyelesaiannya iaitu pulang melewati jalan asal anda memulakan pengembaraan."..sumber






No comments:

Post a Comment