Nanjing: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang ditemui
mengemis dalam keadaan bertelannjang dan merokok di bandar raya ini sudah
dihantar pulang ke kampungnya.
Gambar menunjukkan kanak-kanak itu melutut meminta sedekah di jalan
raya di ibu negeri wilayah Jiangsu itu mengejutkan penduduk China sejak
dua hari lalu.
Gambar kanak-kanak terbabit dan bapanya, Zhou Chonggao mengemis dikongsi puluhan ribu kali di laman sosial popular China, Weibo.
Polis menahan kanak-kanak itu serta bapanya, Rabu lalu dan menghantar
mereka pulang ke kampung di Chenlong, 200 kilometer ke utara Nanjing.
Seorang
pegawai kampung berkenaan berkata, pihak berkuasa tidak dapat memberi
elaun bantuan kepada kanak-kanak itu kerana dia tiada surat beranak.
Usaha mendapatkan dokumen berkenaan bagaimanapun sudah dijalankan.
Sementara itu, kanak-kanak terbabit ketika ditanya mengenai
tindakannya mengemis dalam keadaan bertelanjang berkata, dia lebih mudah
mendapat wang daripada orang ramai dengan berbuat demikian. -sumber:harian metro
No comments:
Post a Comment